3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
ROMPIN – Ketika penduduk lain berpeluang menikmati pelbagai kemudahan
asas dengan selesa, penduduk Orang Asli di sini pula terpaksa
menggunakan air perigi dalam menjalankan urusan harian sejak kira-kira
50 tahun lalu.
Malah ketika orang lain hanya perlu membuka paip di dalam rumah masing-masing, mereka pula terpaksa bersusah-payah mengangkut air perigi yang kotor dan berbau di rumah jiran mempunyai telaga.
Bagaimanapun masalah bekalan air paip di Kampung Denai bukanlah perkara baru, malah sering dibangkitkan penduduk kepada pemimpin setempat termasuk pihak berwajib.
Malangnya sehingga kini, aduan dan permasalahan itu seolah-olah dipandang sepi hingga menyebabkan penduduk kecewa.
Penduduk, Sakila Muharam, 19, berkata, masalah itu bukan baru, malah penduduk berdepan ketiadaan bekalan air sejak mula-mula kampung terbabit dibuka pada 1960-an.
Menurutnya, dia yang baru berkahwin terpaksa mengangkut air dari perigi rumah bapanya sejauh kira-kira 500 meter untuk memasak dan mencuci pinggan mangkuk, malah mereka sekeluarga menumpang mandi dan membasuh pakaian di situ setiap hari.
"Keadaan ini sungguh membebankan kerana saya terpaksa mengangkat bebanan air dalam jarak jauh, apatah lagi mempunyai seorang anak masih kecil.
“Sampai bila kami perlu hidup melarat kerana tidak memperoleh kemudahan asas sempurna? Oleh itu, kami rayu kerajaan mempercepatkan projek bekalan air bersih ke kampung ini. Cukuplah nenek moyang kami menderita, berilah kami peluang untuk menikmati kemudahan sempurna seperti masyarakat lain,” katanya.
Hidap penyakit kulit
Johari Yon, 20, pula berkata, penduduk berdepan kesulitan kerana bekalan air tidak mencukupi terutama pada musim kemarau, selain tertekan kerana terpaksa mengangkut air pada jarak jauh terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.
“Bukan semua rumah mempunyai perigi. Hanya beberapa rumah mempunyai kemudahan itu, manakala selebihnya pula terpaksa berkongsi dengan jiran-jiran.
“Keperluan air mencukupi jika musim hujan, namun apabila tiba musim kemarau, kami terpaksa mendapatkan air sejauh kira-kira 30 meter di hulu Sungai Kembar Bukit Peliring. Malah ada antara penduduk terpaksa berjalan kaki mengangkut air kerana tiada kenderaan,” katanya.
Johari berkata, kualiti air perigi digunakan penduduk juga amat rendah kerana keruh serta berbau, bagaimanapun mereka tiada pilihan dan terpaksa menggunakannya dalam urusan harian.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan ramai penduduk menghidap pelbagai penyakit kulit.
“Kebanyakan penduduk termasuk bayi mengalami alahan kulit kerana menggunakan air keruh yang berkeladak dan kotor setiap hari,” katanya.
Harap tindakan segera
Tok Batin, Mohamad Lera berkata, terdapat kira-kira 350 penduduk termasuk lima saudara baru menetap di kampung itu.
Menurutnya, ketiadaan bekalan air bersih menyebabkan urusan harian penduduk tergendala, lebih-lebih lagi jika ada majlis perkahwinan dan kematian.
“Apabila tiba musim perayaan dan perkahwinan, pihak berwajib ada menghantar bekalan air ke rumah penduduk, bagaimanapun masih tidak mencukupi.
"Justeru, pihak bertanggungjawab diminta mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi segera masalah air di sini," katanya.

Mohamad berkata, pihaknya juga sudah mengemukakan aduan dan permohonan
kepada pihak berwajib untuk mendapatkan bekalan air bersih, namun
sehingga kini masih tiada sebarang maklum balas.
“Kita harap kerajaan dan pihak bertanggungjawab memandang serius masalah ini untuk memastikan penduduk kampung ini tidak tercicir daripada menerima pembangunan dirancang kerajaan,” katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan