19 Februari 2013

Beruang, kuda mati diracun

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

pix_topright

Seekor beruang betina dan kuda jantan di Zoo Melaka, di sini, ditemui mati dipercayai diberi makanan beracun pihak tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, beruang Matahari atau nama saintifiknya, Helarctos Malayanus berusia 14 hingga 16 tahun ditemui mati jam 5 petang, kelmarin.

Sementara itu, kuda jenis Arab berusia 17 tahun itu pula ditemui mati oleh seorang petugas pada jam 7 pagi semalam. Kejadian pertama dikatakan disedari pengunjung yang memaklumkan kepada kakitangan bertugas selepas pelik melihat beruang itu terbaring di dalam kurungan dalam keadaan meniarap dengan seekor beruang lain menindih badannya.

Pegawai Veterinar Zoo Melaka Dr Zubaidah Kamarudin berkata, pemeriksaan lanjut dijalankan, namun binatang yang berada di zoo berkenaan sejak 2000 mati beberapa minit kemudian. “Beruang dibawa ke Bilik Bedah Siasat Khas zoo dan mendapati ia memakan pisang dipercayai mengandungi serbuk atau racun yang belum pasti jenisnya.

“Pisang dan racun itu dikesan berada di dalam usus binatang berkenaan yang sudah dihadam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

metro/-

Tiada ulasan: