19 Februari 2013

Deepak Minta Mahathir Bagitahu Najib Jangan Gigit Tangan Yang Suapnya

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir agar jangan menggigit tangan yang menyuap anda dengan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar jangan juga menggigit tangan yang merasuah anda.

"Tun Mahathir meminta peneroka Felda agar bersyukur dan jangan menggigit tangan yang menyuap mereka.

"Tun, tolong beri nasihat yang sama kepada (Datuk Seri) Najib dan (Datin Seri) Rosmah, yang mereka tidak sepatutnya menggigit mereka yang memberikan rasuah kepada mereka," kata Deepak bekas rakan perniagaan Rosmah hampir 10 tahun dalam kenyataannya kepada media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir kepada peneroka Felda agar jangan sesekali melupakan jasa kerajaan kepada mereka dengan meminta mereka 'jangan menggigit tangan yang menyuap mereka.

' Deepak sebelum ini mendakwa telah memberikan puluhan juta kepada rakan perniagaannya itu melalui projek yang mereka usahakan bersama.

Namun sejak kes Akuan Bersumpah P Balasubramaniam yang kedua, Deepak telah diketepikan dan diberikan pelbagai tekanan oleh rakannya.

Deepak juga meminta Najib tidak melupakan rakyat yang memberikan undi kepadanya selama ini.

"Juga yang memberikan undi kepada mereka kerana ia sangat berbahaya untuk berbuat demikian.

"Mereka boleh jadi hilang pekerjaan dan yang lebih teruknya berakhir di (penjara) Sungai Buluh," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.


Tiada ulasan: