8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
BAGHDAD - Rangkaian paip minyak dari loji penapisan terbesar di wilayah utara Iraq lumpuh akibat di bom, semalam.
Jurucakap Kementerian Minyak Iraq, Assem Jihad berkata, pasukan teknikal kini giat membaiki rangkaian paip berkenaan sejurus serangan itu.
“Rangkaian paip terjejas adalah dari loji penapis Beiji ke Wilayah Ninevah. Ia mengambil masa beberapa hari untuk dipulihkan,” katanya.
Menurutnya, tiada laporan kecederaan diterima akibat daripada letupan bom itu.
Sementara itu, kumpulan Al-Qaeda di Iraq mengaku bertanggungjawab terhadap letupan kelmarin yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang maut dalam siri letupan bom kereta yang berlaku secara berturut-turut di di bandar Sadr.
Jurucakap pemantau SITE berpangkalan di Washington berkata, kejadian itu berlaku disebabkan krisis politik.
“Sekutu Al-Qaeda Iraq mendakwa bertanggungjawab selepas mengisytiharkan untuk tindakan membalas dendam terhadap kerajaan pimpinan Syiah, katanya.
Letupan semalam berlaku di kawasan perumahan Al-Amin di Husseiniya dan Kamaliya, kawasan luar bandar di timur Baghdad.
Ketika pertempuran puak semakin meningkat, puak Sunnah mengadakan demonstrasi setiap minggu terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Nouri al-Maliki yang merupakan anggota puak Syiah. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan