19 Februari 2013

R disabotaj lagi, billboard disimbah cat merah

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) terus berdepan tindakan khianat pihak yang tidak senang terhadap perjuangan mereka.

Terbaru, billboard R yang dipasang di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa disimbah cat merah.

Menurut aktivis R, Jeming Hassan kejadian itu disedari kira-kira jam sembilan pagi semalam.

"Kami sudah buat laporan polis selepas itu juga dan minta pihak polis siasat segeralah.

"Apa salah billboard itu sedangkan duit untuk cetak billboard ini kami kumpul dari rakyat yang memperjuangkan royalti untuk Kelantan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Billboard bertulis 'Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kami' itu mula dipasang Januari lalu sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan lawatan ke negeri itu.

Awal Januari lalu, dua kereta milik Presiden R, Nazri Deraman dan isterinya pecah cermin belakang di samping disimbah cat merah.

Seminggu selpas itu pula, cermin kereta milik Setiausaha R, Hishamuddin Ghazali dipecahkan di Greenwood, Gombak sehari selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).

Beberapa dokumen penting berkaitan R, plak R dan beberapa beg aktivis R dicuri.

Tambah Jeming, walaupun beberapa laporan polis dibuat, namun kejadian sabotaj sebegini masih berlaku.

"Kejadian sabotaj begini tidak sedikit pun melunturkan semangat kami untuk terus memperjuangkan royalti untuk rakyat Kelantan," katanya.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: