19 Februari 2013

Pejabat PM tekan forum politik UM dibatal

8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




(Prof Ridhuan membentangkan hasil kajiannya salam seminar pilihan raya di UM pagi ini)

KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), terpaksa membatalkan forum politik anjurannya petang ini akibat arahan dari Pejabat Perdana Menteri dan juga Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagaimana, Pengarah Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, arahan untuk membatalkan seminar ini tidak boleh diterima oleh pihaknya sebagai penganjur.

Oleh itu, forum yang disertai oleh pemimpin media alternatif iaitu dari Harakahdaily, Malaysiakini dan Sinar Harian diteruskan pagi tadi.

Namun forum yang sepatutnya disertai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifudin Abdullah dan anggota Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dibatalkan.

Mereka digantikan oleh beberapa ahli akademik petang ini.

"Apabila saya maklukan kepada Nurul Izzah, dia bertanya bolehkah beliau datang, saya kata dia bebas untuk datang," kata Prof Ridhuan ketika memberikan ucapan pembukaan di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera hari ini.

Sejak semalam pelbagai maklumat tersebar kononnya program perbincangan ilmiah ini dibatalkan.

Ridhuan berkata, sebaik saja balik dari luar negara, pelbagai pesanan diterima beliau agar seminar pilihan raya ini dibatalkan termasuk dari  Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Secara berseloroh Ridhuan berkata, sebelum ini nama Profesor Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menjadi sasaran di samping Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

"Ada orang kata, selepas mereka, saya pula menjadi sasaran sekarang," katanya.

Sehubungan itu, beliau kata, seminar sebegini hanya boleh diikuti di Universiti Malaya sahaja sekarang ini.

harakah/-

Tiada ulasan: