LOS ANGELES - Sebuah gitar yang pernah digunakan oleh penyanyi
terkenal, John Lennon dan George Harrison akan dilelong pada bulan Mei
depan.
Rumah Lelongan Julien's Auctions semalam menyatakan, gitar berkenaan
dijangka dilelong antara AS$200,000 (RM624,199) hingga AS$300,000
(RM936,299).
Kedua-dua mereka merupakan bekas anggota kumpulan The Beatles.
Lennon mati ditembak di New York pada tahun 1980.
Harrison meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada tahun 2001 di
Los Angeles. Lelongan itu akan diadakan di New York. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan