22 Mac 2013

Wanita warga India berdepan hukuman gantung

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Wanita warga India berdepan hukuman gantung

Kairunnisa dibawa keluar selepas dituduh di Mahkamah Majistret, semalam.
KUANTAN – Seorang wanita warga India berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas kesalahan mengedar dadah seberat 5 kilogram.

Tertuduh, Kairunnisa Shabeer Ahmeed, 49 yang masuk secara sah ke negara ini didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Kastam, Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS), 14 Mac lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan tetapi tertuduh mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa Mahkamah.

Kairunnisa ditahan di LTSAS selepas anggota Kastam syaki bagasinya mengandungi dadah.

Selepas pemeriksaan, Kastam menemui dadah jenis ketamin yang dianggarkan bernilai RM175,000 dalam bagasi wanita itu yang tiba di LTSAS kira-kira jam 1.30 petang melalui penerbangan transit dari Singapura.

Pendakwaan dilakukan Timbalan pendakwaraya, Amalina Zainal Mokhtar di hadapan Majistret, Jessica Diamiss.

Tertuduh di dakwa mengikut seksyen 39B (1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah menetapkan 25 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Sementara itu, seorang lelaki warga India juga pernah dituduh di Mahkamah sama awal tahun ini mengikut akta sama kerana memiliki dadah dianggarkan bernilai RM171,000.

Sinar harian/-

Tiada ulasan: