Melbourne: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilahirkan tanpa tulang
kering, lutut atau buku lali akhirnya mampu memiliki sepasang kasut
selepas dipasangkan kaki palsu.
Kaki baru Ted Johnson, 3, mempunyai jari tidak seperti beberapa kaki
palsunya yang lain. Minggu ini, dia cuba memakai kaki palsu kaca
gentian baru berwarna biru buat kali pertama di gelanggang bola
keranjang di Hospital Kanak-Kanak Diraja di Melbourne.
Mesin pengimbas gagal mendedahkan Ted mengalami keadaan yang jarang berlaku tibial hemimelia ketika dalam kandungan ibunya, Abbie.
Di sinilah tibia tulang kering sama ada hilang sebahagian atau
sepenuhnya ketika dilahirkan. Kakinya mungkin cacat atau mempunyai jari
berlebihan. Keadaan Ted itu bermakna ibu bapanya, Abbie dan Peter
terpaksa mengambil keputusan genting agar kakinya dipotong ketika dia
berusia setahun.
Kanak-kanak itu sebelum ini dilengkapi dengan dua lagi jenis kaki palsu tetapi ini adalah set kaki palsu pertama lengkap dengan jari kaki.
Dan sebaik saja kaki kaca gentian baru berwarna biru itu dipasang pada Velkro, Ted sudah boleh bergerak. Ibunya berkata: “Dia sangat hebat - tiada apa yang boleh menghalangnya.
JOHNSON tanpa kaki palsu.
“Kami menyangka dia mungkin tidak memerlukannya untuk bergerak, jadi
saya tidak percaya betapa hebatnya dia. Buat pertama kali kami akan
membeli kasut untuknya esok.” Pakar protestik, Jim Lavranos yang membuat
dan memperbaiki tiga pasang kaki palsu Ted berkata, biasanya
kanak-kanak mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk bergerak
seiring dengan perkembangan pemanjangan kaki. “Ted mendapatnya lebih
awal daripada yang biasa kami alami kerana dia sangat yakin dan cepat.
Dia akan terbang dengan kaki palsu ini.” - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan