HAT YAI – Anggota-anggota gerila pemisah semalam meletupkan sebuah
bom yang mengorbankan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan
mencederakan 10 yang lain di Pattani, Selatan Thailand, kata polis.
Jurucakap polis, Kolonel Tuanday Juthanan berkata, para gerila itu
menyembunyikan bom itu pada sebuah motosikal dan meletupkannya pada
waktu makan tengah hari.
Letupan tersebut turut merosakkan tujuh buah kereta dan tiga buah motosikal. – AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan