BALNEARIO CAMBORIU, Brazil - Seekor singa laut berjalan di atas
lintasan untuk pejalan kaki di sebatang jalan raya di sini pada Sabtu
lalu.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut terkejut apabila mereka melihat haiwan itu menyeberangi jalan.
Singa laut sepanjang tiga meter itu keluar dari laut dekat bandar ini.
Beberapa buah kereta dan sejumlah orang ramai berhenti bagi memberi laluan kepada haiwan tersebut menyeberangi jalan.
Anggota-anggota polis dan ahli bomba mencurahkan air ke arah haiwan itu bagi mengelakkan badannya menjadi kering.
Bagaimanapun, haiwan tersebut kembali semula ke laut selepas satu jam 30 minit ia berada di daratan. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan