22 Mac 2013

Ulama Pro-Assad antara 42 terbunuh serangan pengebom nekad di dalam masjid

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Ulama Pro-Assad antara 42 terbunuh serangan pengebom nekad di dalam masjidMASJID Eman musnah berikutan serangan pengebom nekad yang meletupkan diri di dalamnya ketika umat Islam sedang menunaikan solat pada sebelah petang di daerah Mazraa, Damsyik, Syria. Kejadian itu mengakibatkan lebih 42 mangsa terbunuh termasuk ulama terkenal di kalangan warga Syria, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti, 84 tahun. - Foto AP
DAMSYIK: Serangan pengebom nekad di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi tadi (waktu Malaysia) meragut 42 nyawa termasuk ulama terkenal Sunni negara itu, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti yang difahamkan cenderung kepada rejim pemerintah. 

Serangan yang dilakukan pada sebelah petang itu menyaksikan pengebom nekad meletupkan dirinya sendiri ketika Mohamed al-Bouti sedang mengadakan ceramah agama untuk pelajarnya. 

"Jumlah kematian susulan serangan pengganas ini meningkat kepada 42 di mana 84 mangsa lain mengalami kecederaan. 

Kematian Mohamed al-Buti disifatkan satu tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad, di mana beliau sedang berusaha menamatkan ancaman pemberontak di negara itu. - AFP 

1 ulasan:

Muqabalah berkata...

apa nak kata, apabila masjid pun tidak lagi tempat yang selamat. Nyawa dan maruah ummah terancam walaupun berada di dalam masjid. Di tempat kitapun masjid telah dijadikan tempat orang-orang politik berkempen jenama masing-masing; membangga diri dan kumpulan sendiri serta mencerca pihak lawan.

politik kepartian dijadikan seakan-akan asas dalam penghayatan agama. semoga Allah menyelamatkan kita semua. semoga kita mendapat keberkatan daripada ilmu dan amalan Syaikh Said Ramadan. Dia hidup sebagai ulama, dan dia mati sebagai syuhada. insyaallah