5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah sebagai 'syahid dunia'.
Kenyataan dibuat Harun itu sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak yang mempertikaikan status kematian perwira negara sebelum ini dan menjelaskan mereka terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Sabah.
“Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, di sini.
Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.
“Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya.
Sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan