5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA KANGSAR : Jelajah berbasikal Siri 5 bersama ADUN Titi Serong, YB.Drs. Khalil Idham Lim diteruskan pada hari ini dengan penyertaan sekitar 50 orang peserta. Kayuhan bermula dari Pejabat PAS Kawasan Kuala Kangsar pada jam 9.00 pagi dan berakhir di masjid Menora pada jam 5.00 petang tadi.
Ikut serta dalam program tersebut ialah Ketua Wanita KeAdilan Negeri Perak, Puan Fathmawaty Salem yang disebut-sebut gandingan YB. Idham Lim untuk DUN Bukit Chandan.
Jarak kayuhan pada hari ini ialah sejauh 45 kilometer dengan pengisian pelbagai program sepanjang perjalanan seperti edaran risalah, merayu undi, ziarah pesakit, ziarah kematian, minum pagi, solat zohar dan asar berjemaah, dan makan bersama jemaah masjid.
Bacaan doa sebelum program kayuhan bermula d hadapan Pejabat PAS Kawasan Kuala Kangsar
Kayuhan bermula
YB. Idham Lim beriringan dengan kenderaan yang dihiasi dengan gambarnya dan lengkap dengan sistem pembesar suara
Rombongan sempat menziarahi kematian di Kg. Sayong
Mendengar dengan teliti luahan perasaan seorang penyokong PAS
Singgah sembahyang Zohor dan makan tengahari di Masjid Bendang Kering
Singgah minum petang di kedai kopi bersebelahan Hentian Plus Menora
Merayu undi dan edar risalah bersama Pn. Fathmawaty
Merayu undi dan edar risalah bersama Pn. Fathmawaty
Bertanya khabar kepada anak muda yang ditemui
Masih tersenyum walaupun kepenatan memanjat bukit bersama rombongan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan