26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
DATUK Seri Mohd Najib Razak sudah pasti akan berdepan dengan masalah ahli-ahli partinya 'chah keting' sesama sendiri apabila nama calon-calon dari Umno yang akan bertanding di dalam pilihanraya umum ke-13 diumumkan tidak lama lagi.
Tanda-tandanya memang cukup nyata. Di sana sini, ahli-ahli peringkat akar umbi sibuk bercerita siapa yang digugurkan dan siapa yang terpilih sedangkan senarai calon yang akan mewakili Umno dan bertanding atas tiket Barisan Nasional masih belum dimuktamadkan lagi.
Najib sendiri telah meminta ahli jemaah menterinya ketika mensyuarat Kabinet terakhir Rabu lalu supaya jangan mendengar khabar angin mengenai siapa yang telah digugurkan atau siapakah yang akan menjadi menteri besar selepas pilihanraya nanti.
Tetapi belum pun sampai 24 jam Parlimen dibubar, Umno berdepan dengan kira-kira 150 ahli Umno bahagian Kangar, Perlis yang berang meminta pucuk pimpinan parti tidak mengemuka calon "payung terjun" di Parlimen Kangar.
Mereka nekad bermalam didalam bas sepanjang perjalanan dari Kangar ke Kuala Lumpur untuk berkumpul diluar bangunan Putra World Trade Centre pada pagi Khamis untuk menyerah memorandum kepada Najib yang hari itu mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan seterusnya Majlis Tertinggi Barisan Nasional.
Mereka mahu supaya orang dari Umno Kangar dicalonkan untuk kerusi Kangar sekiranya ahli Parlimen Kangar Datuk Radzi Sheikh Ahmad tidak dicalonkan untuk mempertahan kerusi yang disandangnya.
Yang anihnya mereka yang memprotes ini telah bertindak bukan kerana perkara yang sahih tetapi atas khabar-khabar angin yang bertiup kencang yang Radzi tidak dicalon semula dan ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya, yang bukan dari Umno bahagian Kangar, yang akan bertanding di Kangar.
Bayangkan keadaan yang akan berlaku apabila senarai penuh calon-calon Umno diistiharkan. Tentu ada yang akan bertindak lebih dasyat lagi daripada kumpulan 150 orang ini.
Sebenarnya senarai calon-calon BN masih didalam proses kemaskini dan akan diumukan seminggu sebelum penamaan calon untuk memberi masa kepimpinan parti memujuk yang merajuk kerana tidak terpileh dan mengambil tindakan disiplin kepada yang terang-terang mensabotaj parti kerana tidak berkenan dengan calon-calon yang terpilih.
Tetapi dek kerana terlalu ghairah untuk menjadi calon atau mahu orang-orang tertentu menjadi calon, penyokong-penyokong telah bertindak tanpa menunggu mendapat kesahihan berita yang bertiup kencang.
Terlalu banyak spekulasi di bawah selepas pembubaran parlimen sehingga ada penyokong pimpinan bahagian terang-terang menyatakan pilihan hati mereka melalui sepanduk dan kain rentang dan juga memorandum kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti.
Najib sendiri amat arif akan penyakit yang dialami Umno saban kali tiba musim pelihanraya dan sedia maklum ia amat susah untuk diatasi lebih-lebih lagi dia sendiri mahu melakukan perubahan dengan mengemuka calon-calon yang menepati citarasa pengundi.
Muka-muka baru dikalangan teknokrat and professional difahamkan akan tersenarai sebagai calon Umno kerana mereka menepati kriteria winnable yang ditetapkan olehnya.
Kerana takut masalah sabotaj parti sepertimana yang berlaku pada pilihanraya umum ke-12 berulang, Najib berterusan menasihat pemimpin akar umbi Umno semasa lawatan ke negeri-negeri supaya tidak melakukan perkara-perkara yang akan memberi kesan negatif kepada peluang Umno memenangi lebih banyak kerusi.
Malang sekali bagi parti nasionalis ini, ahli-ahlinya tidak mengambil iktibar dari apa yang berlaku semasa piliharanya umum lalu.
Kajian parti telah mendapati 47 kerusi parlimen telah disabotaj oleh warlords Umno yang marah kerana diketepikan dan ahli-ahli parti meredakan kemarahan dengan mengundi calon-calon daripada parti pembangkang, merosakkan kertas undi ataupun tidak keluar mengundi pada piliharaya 2008.
Kajian post mortem ke atas keputusan pilihanraya itu juga menunjukkan ahli-ahli Umno sendiri tidak mengundi calon Umno kerana calon-calon Umno telah memperolehi 2 juta undi dari 5.7 juga undi Melayu yang berdaftar ketika itu.
Sekiranya yang mengundi calon-calon Umno kesemuanya ahli Umno, ini bermaksud satu juta ahli Umno sendiri tidak mengundi calon-calon Umno kerana keahlian Umno menjangkau 3 juta orang.
Yang untung dari pergaduhan dalaman Umno ini tidak lain dari Pakatan Rakyat.
Harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan