03 Mei 2013

Dalang tragedi Lahad Datu bakal terungkai

22 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Sabah diceroboh

Sabah diceroboh
KUALA LUMPUR - PDRM akan menghantar dua atau tiga pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, bagi mengambil keterangan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang mendakwa mempunyai maklumat tragedi di Lahad Datu.

Penghantaran pegawai JSJ terbabit bertemu Raja Petra adalah berikutan kenyataan didedahkannya dalam Malaysia Today bahawa beliau mempunyai bukti dan butiran lengkap berkenaan penglibatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam insiden pencerobohan Lahad Datu, Februari lalu.

“Dipercayai Raja Petra adalah antara sumber kukuh yang dapat membantu mengheret dalang insiden berdarah itu ke muka pengadilan,” kata sumber yang dipetik dari sebuah akhbar berbahasa Melayu, semalam.

Menurut sumber lagi, sesi mengambil keterangan itu akan berlangsung sama ada di Jakarta, Indonesia atau di Singapura tetapi masanya belum dapat dipastikan lagi.

Sumber berkata, pegawai JSJ itu dijangka meluangkan masa kira-kira dua jam bersama penulis tersebut bergantung kepada maklumat dan bukti dikemukakannya.

Pasukan polis yakin mereka semakin hampir mengenal pasti siapa dalang di sebalik insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Sinar/-

Tiada ulasan: