03 Mei 2013

Ejen PKR ragui peti undi

22 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Ejen PKR ragui peti undi

Hussin menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Lubok China, semalam.
MASJID TANAH - Pakatan pembangkang mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan mereka melihat rakaman kamera litar tertutup di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini selepas meragui keselamatan peti undi yang disimpan di dalam lokap.

Wakil ejen PKR Dun Ayer Limau, Abu Hussin Tamby berkata, rakaman itu perlu dilihat bagi memastikan ketelusan SPR selepas beliau menyaksikan beberapa petugas suruhanjaya itu mengira kertas undi di dalam lokap biarpun ia adalah kesalahan seperti yang termaktub dalam peraturan.

“Pengiraan kertas undi awal hanya boleh dibuat pada hari pengundian biasa bermula jam 4 petang, Ahad ini seperti yang dinyatakan SPR sendiri dalam taklimat kepada kami.

"Jelas kertas undi tidak boleh dikira di dalam lokap selepas tempoh pengundian awal. Namun, apa dilihat adalah berbeza sama sekali,” katanya kepada Sinar Harian di pejabat PKR Masjid Tanah di sini, semalam.

Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira 3.45 petang, Selasa lalu, beliau melihat antara tujuh dan lapan orang berpakaian logo SPR duduk bersila mengelilingi kertas undi yang dilonggokkan atas lantai.

“Sebelum kejadian, saya bersama ejen Barisan Nasional (BN) dan Pas, petugas SPR dan anggota polis yang begerak dari Balai Polis Lubok China sampai ke IPD kira-kira 4 petang disambut dua petugas SPR lain dan seorang anggota polis bagi mengiringi peti undi ke dalam sel.

“Sampai di ruang lokap saya melihat kira-kira tujuh ke lapan anggota SPR sedang mengira kertas undi yang dilonggokan di atas lantai di dalam sel yang bersebelahan dengan satu sel yang meletakkan peti undi dari Balai Polis Lubok China,” katanya,

Menurutnya, justeru yang tekejut dengan keadaan itu membuat laporan polis di Balai Polis Lubok China supaya pihak SPR membenarkannya melihat rakaman CCTV dari mula ketibaan peti undi pertama hingga terakhir.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye ketika mengesahkannya berkata, pihaknya telah merujuk laporan berkenaan kepada pihak SPR negeri untuk siasatan lanjut.

Sinar/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah maha Kaya dan Maha mengetahui busuknya SPR yang bersekonkong dengan UMNO demi untuk hendakkan kuasa nah sekarang iapa yang buat tidak seperti yang dicakap dan iarah,bukankan SPR sendiri yang mengeluarkan arahan kertas undi hanya akan dibuka untuk dikira pada hari mengundi setelah selesai peti undi dikumpul dan waktu mengundi ditutup secara rasmi,apakah ini kerja orang suruhan SPR untuk memenangkan BN,kenapa SPR tidak jawab.