22 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Umno boleh ditempelak lagi kerana ia juga menambilkan ramai calon ulama dalam PRU13 ini yang diyakini oleh pemimpinnya Datuk Seri Najib sebagai calon boleh menang.
Maka bukan saja PAS yang ramai calon ulama, Umno juga ada ulamanya.
Bukanlah ini kali saja Umno mengemukakan calon ulama, bahkan sejak sebelum merdeka lagi ada calon ulamanya. Contohnya, Haji Ahmad Badawi sudah jadi calon Perikatan sejak awal. Datuk Haji Hassan Yunus, lulusan Azhar, Mesir jadi Menteri Besar Johor pertama selepas merdeka.
Dalam semua masa ada calon ulama di sana satu, di sini satu.
Tetapi dalam era Islam Hadhari dan Wasatiyah, Umno dilihat seolah-olah kalah dalam menampilkan ulamanya. Kebanyakan ulama yang diketengahkannya tidak angkat muka berdepan dengan PAS sehingga orang ramai terasa ulama ada dalam PAS saja. Dalam Umno kalau pun ada, dirasakan seperti tak ada.
Bagi mengatasi rasa rendah itu dalam PRU13 ini ramai ulama muda jadi calon Umno, maka media pun kata tak boleh lagi PAS mendakwa, ia saja yang penuh dengan ulama.
Tidak berbangkit Umno tidak ada ulama. Ada ulamanya. Apakah mereka lantang seperti ulama PAS mahukan pentadbiran Islam, itu adalah masalah mereka. Kehadiran mereka dalam Umno sejak dari mula tidak pernah mencerminkan Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam sebabgai addin dan mahu menjadikan Islm sebagai teras perundangannya.
Hingga orang berkata kalau memperjuangkan Islam dan tauhid sertailah PAS, Kalau mahukan Islam sebagai falsafah pentadbiran negara, tempatnya bukan Umno.
Umno bermai-mati mendakwa ia adalah pejuang Islam tulin di negara ini. PAS tidak lebih dari sebuah parti politik yang hendakkan kekuasaan saja.
Bagi membukti Umno tak kalah, ia menambah calon ulamanya, moga-moga mulut PAS dan penyokongnya dapat ditutup.
Sekarang ia sudah ramai calon ulama. PAS hndak kata apa lagi?
Maka PAS boleh kata, bahawa ulama dalam PAS itu adalah pemimpin dan memimpin. Dia bukan dipimpin. Dalam PAS ulamanya adalah imam.
Dalam Umno ulama bukan pemimpin, mereka adalah kelindan. Kelindan itu dikira baik dan penting. Yang ramainya ia sebagai penumpang. Mereka cium tangan Najib.
Harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan