03 Mei 2013

Seorang Cyber-trooper Bertaubat, Seru Rakan Lain Henti Buat Kerja Dosa

22 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Kuala Lumpur: Setelah menyerang setiap artikel Harakahdaily bertubi-tubi samada di Facebook Harakahdaily atau di web, akhirnya cybertrooper Umno yang terkenal “Lans Koperal Tangkap Lalat” akhirnya bertaubat.

Berikut ialah apa yang ditulis di dalam satu ruangan komen beliau –

“Assalamualaikum.

Tadi saya hampir terlibat dengan kemalangan yang mungkin meragut nyawa saya. Saya nyaris mati dilanggar lori besar tadi, dan saya yakin, Allah selamatkan saya untuk memberi peluang kepada saya bertaubat.

Saya tahu saya banyak berdosa.

Saya nak mintak maaf dekat Harakahdaily, kerana selama ini menghentam semua berita yang Harakahdaily terbitkan. Saya meminta maaf kepada semua penyokong/pimpinan PAS/DAP/PKR atas komen2 saya yang mengarut/merapu/mencerca/menghina anda semua selama ini.

Saya minta maaf, saya tahu kalau saya mati tadi, segala apa yang saya buat selama ini akan datang balik menghantui saya. Saya fikir, cukuplah saya menjadi macai menghina anda semua, tapi akhirnya saya masuk neraka.

Saya benar2 bertaubat. Saya takkan merapu lagi. Apa yang saya tulis selama ini, semua saya tahu bohong, tapi saya gila duit. Tapi kini saya sedar, duit yang banyak, kalau mati masuk neraka tak guna juga. 

Saya minta maaf Harakahdaily. Saya dah bertaubat.

Saya akan minta rakan2 cybertroopers BN yang lain untuk turut berhenti buat kerja ini.


Gambar berikut ialah snapshot komen beliau.


Facebook beliau boleh dilayari di sini: https://www.facebook.com/lanskoperal.tangkaplalat Atas dasar kebebasan bersuara, Harakahdaily tidak pernah menghalang Lans Koperal Tangkap Lalat untuk menulis komen merapu di laman milik Harakahdaily.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Taubat sekejap je tu...prcaya la

antilie berkata...

Ye ke?

Tanpa Nama berkata...

Taubat sebenar dgn Allah..Dosa sesama mahkluk pandai-pandai kau la labu...!

Tanpa Nama berkata...

kalau benar, dia telah melakukan banyak kerosakan terutama kerosakan ilmu berpunca dari perkara-perkara yang diputarbelitkannya .... JANGAN BERI KEMAAFAN KEPADANYA SEHINGGA DIA MEMPERBETULKAN SEMULA ILMU-ILMU YANG TELAH DIPUTARBELITKANNYA.......!!!!!!!!!!!!!!!!