4 Rejab 1434 H. [MOD] -
SANAA - Sebuah jet buatan Rusia Sukhoi SU-22 milik tentera Yemen terhempas di sebuah kawasan kediaman di sini semalam menyebabkan seorang juruterbang terbunuh, kata seorang pegawai tentera.
Menurut pegawai berkenaan, saksi-saksi memberitahu, ia meletup di udara sebelum terhempas manakala serpihan jet itu bertaburan di kawasan itu.
Kementerian Pertahanan Yemen menyatakan di dalam laman webnya, 26sep.net, ketika kejadian, jet tempur itu berlepas pulang daripada sesi latihan dari wilayah Marib dan Khawlan.
Pihak kementerian menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan