14 Mei 2013

Kit Siang mahu 5 perkara sekurang-kurangnya

4 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang menyifatkan Utusan Malaysia telah memulakan kempen untuk memburukkannya sebagai raksasa ke satu tahap baru apabila artikel utamanya di dalam halaman editor bertanyakan soalan ‘Apa lagi Kit Siang mahu?’ yang melancarkan serangan demi serangan tidak berasas.


“Jawapan saya ialah sekurang-kurangnya lima perkara, pilihan raya yang bersih, bebas dan adil; Malaysia sebagai negara demokrasi normal; pemulihan kedaulatan undang-undang;  pendidikan bertaraf dunia dan Malaysia yang bersatu, selamat, hijau, dan sihat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya terdapat sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil, Perdana Menteri Malaysia hari ini selepas Pilihan raya Umum ke-13 tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya Datuk Seri Najib Razak.

Ini, katanya kerana Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk menang 125 kerusi parlimen yang dibahagikan di kalangan PKR sebanyak 45, masing-masing PAS dan DAP 40 dengan majoriti selesa 128 daripada 222 kerusi parlimen.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: