4 Rejab 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan gesaan menyatukan Umno dan Pas, yang semakin kerap dibangkitkan mutakhir ini sebagai suatu ungkapan jenaka malah tidak membawa sebarang kesan.
Sebaliknya ujar beliau, ia hanya akan menimbulkan fitnah serta menebalkan jurang persefahaman antara kedua-dua parti.
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, usaha penyatuan itu tidak mungkin berlaku sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) masih meneruskan penindasan terhadap hak rakyat terutamanya dalam soal pemberian royalti minyak dan pembangunan di kawasan atau negeri yang dimenangi pembangkang.
“Isu penyatuan atau perpaduan itu tak ada sudahnya, kerap kali diulang dan diungkap.
“... seruan itu tak berfaedah, usah bermain dengan kata-kata, buktikan bahawa negara ini amalkan politik matang dulu, hormat-menghormati perbezan pandangan, hilangkan kekeliruan, kembalikan hak rakyat dan hapuskan penindasan, kemudian barulah cakap soal perpaduan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika berucap dalam program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM, semalam.
Nasharudin menggesa agenda penyatuan kedua-dua parti itu dijadikan sebagai usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan kaum Melayu di negara ini.
Dalam pada itu, Nasrudin mendakwa isu perpaduan cuba digunakan Umno-BN apabila terdesak setelah gagal memperbaiki rekod prestasinya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akibat hilang sokongan rakyat dengan hanya menang mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.
“Dalam isu royalti minyak, tuntutan rakyat tak diberikan, lepas itu mereka tertekan, kemudian nak ajak cakap soal perpaduan, ia sesuatu yang tak masuk akal.
“Selagi apa yang berlaku hari ini, ungkapan itu hanya untuk melariskan surat khabar saja.
“Umno-BN saban hari menyerang Pas gunakan tv dan surat khabar, menyebabkan ada maklum balas daripada Pas, akhirnya hubungan Umno-Pas semakin tengang.
Tambah beliau, kerjasama itu sukar direalisasikan jika Umno-BN terus-menerus menyerang dan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap Pas termasuklah parti Islam itu mengamalkan ajaran sesat dan menggadaikan prinsip Islam.
Agak kurang manis tegasnya jika selepas itu Umno-BN ingin berunding dan bercakap mengenai soal perpaduan dan kerjasama kedua-dua parti Melayu-Islam itu.
“Satu ungkapan yang tak manis dan tak dipandang positif oleh masyarakat.
“... buatlah perubahan dulu, jangan asyik dera rakyat, kerajaan Umno kena tunaikan kehendak dan kemahuan rakyat yang baik.
“Kalau dengar kenyataan menteri besar Terengganu, dia kata mana-mana pengundi yang tak sokong BN dalam pilihan raya lepas, kawasan itu tak akan diberikan peruntukan dan tidak akan dibangunkan, lepas itu dia nak ajak bersatu pula, itu tak mungkin jadi kenyataan,” katanya.
Tambah beliau, gesaan itu juga pernah dilontarkan oleh anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir, kini Menteri Besar Kedah, yang mengatakan bahawa sekiranya Pas menyertai Umno, hudud akan dilaksanakan.
“Kadang kala saya keliru dengan ucapan itu, yang bercakap itu kerajaan BN.
“Kalau Umno bentang hudud di Parlimen, insya-Allah ahli parlimen Pas akan sokong mereka, tapi kerajaan kena buktikan dulu,” tegasnya.
Sinar/-
5 ulasan:
Salam. Sekiranya kerajaan Malaysia dapat melaksanakan pemerintahan yg adil dan saksama tidak mengira fahaman politik sebaik baiknya rasanya rakyat akan menghargai nya .
Contohnya soal peruntukan kpd semua wakil rakyat yg telah dipilih oleh rakyat, peruntukan pembangunan yg sewajarnya kpd semua negeri negeri dlm malaysia.
Pendeknya sekiranya keperluan itu memang ada kerajaan perlu berikan tanpa mengira fahaman parti .
Salam. Sekiranya kerajaan Malaysia dapat melaksanakan pemerintahan yg adil dan saksama tidak mengira fahaman politik sebaik baiknya rasanya rakyat akan menghargai nya .
Contohnya soal peruntukan kpd semua wakil rakyat yg telah dipilih oleh rakyat, peruntukan pembangunan yg sewajarnya kpd semua negeri negeri dlm malaysia.
Pendeknya sekiranya keperluan itu memang ada kerajaan perlu berikan tanpa mengira fahaman parti .
Salam. Sekiranya kerajaan Malaysia dapat melaksanakan pemerintahan yg adil dan saksama tidak mengira fahaman politik sebaik baiknya rasanya rakyat akan menghargai nya .
Contohnya soal peruntukan kpd semua wakil rakyat yg telah dipilih oleh rakyat, peruntukan pembangunan yg sewajarnya kpd semua negeri negeri dlm malaysia.
Pendeknya sekiranya keperluan itu memang ada kerajaan perlu berikan tanpa mengira fahaman parti .
Berprasangka negatif sebelum melakukan sesuatu benda...ini sifat orang tidak akan berjaya...matangkah kita dengan senantiasa mengungkapkan perihal negatif?...
saya tidak nampak (ini pendapat peribadi saya) keperluan untuk bersatu dengan umno sebab jelas PAS tidak dalam kedudukan yang terumbang ambing atau tidak selamat, PAS masih relevan dalam PR, PAS masih mempunyai hubungan baik dengan semua komponen di dalam PR dan masih diterima oleh setiap golongan masyarakat manakala undi untuk UMNO semakin merosot dan semakin tenggelam dan kalau boleh saya ingin menokok tambah sedang menuju kehancuran adalah umno itu sendiri. Sejarah telah menunjukkan kepada kita mana-mana pihak yang merasa mereka akan hancur/kecundang (nyawa-nyawa ikan) akan berpaut pada apa saja yang tercapai untuk menyelamatkan diri. Israel akan sedia berunding dengan FATAH, Palestin atau siapa saje bila terasa kedudukan mereka dalam keadaan tak selamat, tapi bila mereka mendapat kembali kekuatan mereka akan kembali menjadi samseng dan pengganas antarabangsa.
Sejarah trajik tahun 1979 dimana Presiden PAS ketika itu Dato Asri bin Muda termakan pujukan Hussein Onn untuk bersatu dalam Barisan Nasional, namun kita semua telah melihat kesudahan sandiwara tersebut apabila PAS ditendang dari BN apabila BN/UMNO mendapat kekuatan sementara mereka. Namun PAS kemudiannya bersatu dengan Semangat 46 - serpihan UMNO yang kecewa selepas peristiwa pengharaman UMNO tahun 1987 atas platform Barisan Alternatif bersama DAP merampas semula Kelantan dimana itulah rekod paling cemerlang bilamana BA membolot hampir keseluruhan kerusi DUN negeri kelantan dan TG Nik Aziz dilantik menjadi Menteri Besar dan Timbalan beliau dari Semangat 46 - Rozali Isohak.
Kini 34 tahun kemudian PAS di gesa (sebenarnya perkataan digesa lebih tepat daripada dipujuk - PAS tidak dipujuk oleh UMNO untuk bersatu sebaliknya lebih kepada di gesa supaya bunyinya lebih lembut daripada di paksa) untuk menyelamatkan UMNO yang belum pernah reda dari gelora dalaman yang tak berpenghujung, UMNO yang semakin terpinggir dari masyarakat terutamanya golongan muda (UMNO boleh menafikan hakikat ini kalau masih tak berpijak dibumi nyata) UMNO yang semakin terhakis kredibiliti sebagai pembela rakyat dan pembela maruah dimana semakin hari semakin merosot akhlak pemimpin mereka.
UMNO memainkan sentimen Perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat yang semakin tak takut dengan ancaman UMNO.. sehingga seorang warga emas di kawasan kediaman saya mencebik bila ada yang berkata negara akan kucar kacir bila bukan melayu umno mentadbir negara, sedangkan pada hakikatnya kehancuran negara adalah di sebabkan oleh UMNOBN, defisit ekonomi yang semakin parah negara bukan berpunca kerana Lim Kit Siang menjadi Ahli Parlimen, Masalah keruntuhan Akhlak bukan disebabkan oleh Karpal Singh menentang Hudud, Semakin ramai orang islam menukar agama bukan disebabkan oleh Ustaz Azhar Idrus memberi ceramah., sebabnya amat jelas adalah kerana UMNOBN sendiri menghancurkan Ekonomi - Nor Mohd Yaakop menyebabkan Bank Negara kerugian RM 30 bilion - dan untuk makluman semua Nor Mohd. Yaakop ni bukan orang DAP, bukan orang PKR, bukan orang PSM, bukan orang Makkal Shakti dan jauh sekali bukan orang PAS sebaliknya dia adalah ahli UMNO... saya ulangi Nor Mohd Yaakop adalah orang UMNO - don't you forget it !
Cuma kalau boleh kami ingin mendapat penjelasan dari pemimpin UMNOBN semasa kependudukan tentera Jepun selama 3 tahun 8 bulan di tanah melayu sehingga tahun 1945 dulu adakah pendatang Indonesia,pendatang dari Bangladesh, pendatang dari Pakistan, pendatang dari Myanmar, pendatang dari Filipina mahupun pendatang Sulu yang menentang kependudukan tentera jepun..? adakah penduduk tanah melayu yang menjadi mangsa tentera jepun dan mangsa talibarut jepun itu adalah pendatang asing ? begitu juga semasa penentangan terhadap British dimana Tok Janggut, Datok Bahaman, Datok Maharajalela dan lain-lainnya menjadi korban dan sejarah telah membuktikan petualang dan talibarut yang menyebabkan British dapat menewaskan pejuang-pejuang tersebut adalah orang-orang melayu sendiri.. bottom line is .. Gesaan untuk UMNO PAS bersatu adalah ungkapan jenaka semata-mata.. and mark my word - the joke is on you UMNO
Catat Ulasan