6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam rempuhan stadium
selepas penonton merusuh bagi membantah kekalahan peninju tempatan
dalam sebuah kejohanan tinju di timur Indonesia, lewat malam tadi.
Leftenan Kolonel Gede Sumerta Jaya berkata, mangsa dipijak apabila
kira-kira 1,500 penonton bergegas keluar dari stadium selepas rusuhan
berlaku.
Peninju tempatan tewas dalam perlawanan merebut Piala Bupati, di Stadium Kota Lama, wilayah Papua Nabire.
Jaya berkata, rusuhan bermula selepas
penyokong membaling kerusi pada hakim. Katanya, 12 yang mati adalah
wanita dan sekurang-kurangnya 47 yang lain parah. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan