mstar.com.my
PETALING JAYA: Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan
Vivian Lee, atau lebih dikenali dengan panggilan Alivi, terus menutup
akaun laman sosial Facebook mereka buat selama-lamanya selepas memuat
naik posting kontroversi 'Selamat Berbuka Puasa' baru-baru ini.
Posting berkenaan telah menimbulkan kemarahan pelayar internet,
masyarakat Islam dan bukan Islam, apabila pasangan berkenaan memaparkan
sekeping gambar mereka sedang makan bak kut teh (hidangan daging babi).
Pasangan berkenaan turut menggunakan bahasa kasar dalam tweet yang
berikutnya, mereka menyalahkan orang awam, media dan pihak pentadbir
akaun Facebook ekoran penutupan akaun mereka.
Kurang daripada 24 jam selepas mereka memuat naik gambar kontroversi
berkenaan, pasangan tersebut menerima lebih daripada 500 komen yang
mengecam tindakan yang disifatkan biadap dan tidak peka terhadap
sentsitivi masyarakat Islam di Malaysia.
Terdahulu Tan memberitahu The Star mereka memuat naik gambar berkenaan, tanpa sebab munasabah dan sekadar satu bahan guraan.
Selepas mendapat kritikan yang negatif, mereka memuat naik gambar
yang baru pada Jumaat, dengan memaparkan 'hidangan babi' tersebut
disorokkan dibelakang makanan halal.
Kapsyen gambar tersebut turut diubah daripada "Selamat Berbuka Puasa" kepada "Ampunkanlah Kami".
Pada Oktober tahun lalu, pasangan ini turut memuat naik rakaman video diri mereka mengadakan hubungan seks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan