15 Julai 2013

Pasangan Alvin Tan, Vivian Lee tiba di SKMM bagi beri keterangan

6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee tiba di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bangunan Sultan Abdul Samad, di sini, 10.45 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam yang dimuat naik dalam laman Facebook.

Semalam, Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi , memanggil pasangan berkenaan untuk merakamkan kenyataan mereka dan membantu siasatan.

Tiada ulasan: