15 Julai 2013

Gunung berapi Tungurahua meletus

6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

QUITO (Pichincha): Gunung berapi Tungurahua di Ecuador hari ini memuntahkan abu dan gas setinggi 5,000 meter ke udara, demikian menurut laporan Institut Geofizik.

Letupan itu mengelaurkan amaran “oren”, tahap kedua tertinggi selepas “merah”.

Letusan itu berlaku pada jam 6.47 pagi (waktu tempatan) dan kedengaran sehingga di bandar Guayaquil dekat Pasifik.

Gas dan debu boleh dilihat sejauh bandar Quito, kira-kira 153 kilometer ke utara gunung berapi. - AFP

Tiada ulasan: