21 Ogos 2013

Arahan roboh surau tempat meditasi dalam 21 hari

14 Syawal 1434 H. [MOD] -



Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) mengarahkan pihak Tanjung Sutera Resort supaya merobohkan suraunya yang menjadi tempat meditasi sekumpulan penganut Buddha, dalam masa 21 hari, bermula hari ini.

kota tinggi demolition notice for tanjung sutera surauArahan itu disampaikan dalam notis bertarikh 20 Ogos 2013 yang ditampal di pintu masuk surau tengah hari ini, yang ditandatangani Pengerusi MDKT, Hasrin Kamal Hashim.

Alasan diberikan, pembinaan surau itu menyalahi Seksyen 70 Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 kerana dibina tanpa kebenaran bertulis majlis daerah.

Notis itu juga menyatakan pihak resort akan dibawa ke mahkamah jika gagal berbuat demikian atau menanggung kos merobohkannya yang akan dilakukan oleh majlis daerah.

"Tuan adalah dengan ini diberitahu supaya meruntuhkan bangunan itu dari tempoh 21 hari dari tarikh notis ini diterima," notis itu dipetik.

Seorang pekerja resort yang ditemui menjelaskan beliau menerima notis itu dari pihak MDKT yang hadir ke surau itu tengah hari tadi.

surau and tanjung sutera resort in sedili besar kota tinggi 210813 warningMalaysiakinisedang menghubungi pemilik resort untuk mendapatkan maklum balas beliau.

Selain notis berkenaan, sebelum ini ditampal satu notis 'Amaran penyalahgunaan bangunan' bertarikh 13 Ogos 2013 di surau tersebut.

Ia mengarahkan pemilik resort itu "membuat pemulihan kegunaan bangunan" kerana mengubah "surau menjadi tempat kuil tanpa kebenaran bertulis YDPT MDKT".

Notis itu mendakwa melanggar Seksyen 70 (12) Bahagian V, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974.

malaysiakini.com

Tiada ulasan: