12 September 2013

12 maut minum bahan tercemar di Pakistan


6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

MULTAN 12 Sept. - Sekurang-kurangnya 12 orang maut akibat meminum minuman keras yang dicemari bahan toksik di tengah Pakistan, kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku di pekan Rahim Yar Khan, di mana sekumpulan lelaki mengadakan parti dan meminum minuman keras terbabit.

Menurut ketua polis tempatan, Mohammad Yasin Gujjar, kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat tidak mendapatkan rawatan di hospital dengan segera.

“Pihak polis telah menyerbu beberapa kilang haram minuman keras dan menahan dua suspek berhubung kes tersebut," katanya. - AFP



No comments: