12 September 2013

Dua disyaki ahli Geng 36 ditembak mati di Melaka

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -


Dua disyaki ahli Geng 36 ditembak mati di Melaka ANGGOTA polis mengawal tempat kejadian dua penjenayah disyaki anggota kongsi gelap Geng 36 yang ditembak mati di persimpangan lampu isyarat Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Cheng, Melaka Tengah, pagi tadi. - Foto Mohd Khairul Helmy
MELAKA TENGAH: Dua lelaki disyaki anggota kongsi gelap Geng 36 ditembak mati di persimpangan lampu isyarat Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Cheng, dekat sini kira-kira jam 9.20 pagi tadi. 


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka yang berusia antara 25 hingga 35 tahun itu ditembak sepasukan anggota polis Bukit Aman dan Melaka. 


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka sebentar tadi. BH/-

Tiada ulasan: