12 September 2013

Taufan Humberto muncul di Atlantik

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

HAMILTON: Taufan Humberto mula menjelmakan dirinya jauh di Atlantik hari ini dan menjadi taufan pertama pada musim Atlantik manakala Bermuda pula dibasahi Ribut Tropika Gabrielle, hari ini. 


Kelajuan maksimum Humberto kekalpada 140 kilometer sejam tetapi Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, kadar itu akan berkurangan dalam dua hari selepas ini. 


Ribut itu berpusat pada 630 kilometer timur laut Pulau Cape Verde dan bergerak ke utara dengan kelajuan 20 kilometer sejam di kawasan Atlantik. 


Sementara itu, di Bermuda, Ribut Tropika Gabrielle menyebabkan beberapa kali gangguan bekalan elektrik tetapi tiada kerosakan teruk dilaporkan di wilayah British berkenaan. - AP 

No comments: