12 September 2013

Pertahan kampung tradisi, 12 ditahan

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang, lima penduduk Kampung Hakka, Mantin Negeri Sembilan dan tujuh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) masih ditahan di Balai Polis Mantin ketika ini.

Mereka ditahan pagi tadi kerana didakwa menganggu kerja polis sewaktu polis menghalang mereka daripada terus berada di tanah persendirian yang dikatakan milik pemaju perumahan, Mega Nine.

Menurut aktivis Jerit, E. Parameiswary, 40 keluarga di kampung tradisi Cina itu cuba menghalang pemaju perumahan daripada meneruskan projek kerana kes itu masih dalam rayuan.

"Penduduk bawa kes ini ke mahkamah tapi kalah dan penduduk buat rayuan di Mahkamah Rayuan. Jadi kes ini masih kes mahkamah, pemaju sudah mula robohkan rumah mereka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaiy hari ini.

Parameiswary juga berkata, penahanan itu tida sah kerana orang yang ditahan tidak dimaklumkan sebab mereka ditahan.

"Polis tak bagitahu sebab ditangkap cuma bagitahu mereka menghalang kerja polis. Ini pengakapan yang tidak sah," katanya yang masih berada di balai polis menunggu pegawai penyiasat dari IPD Nilai untuk menyoal siasat mereka.

Tiada ulasan: