12 September 2013

Presiden Nigeria rombak Kabinet, pecat 9 menteri


6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

ABUJA 12 Sept. - Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan semalam memecat sembilan menteri sebagai usaha terbesarnya untuk merombak barisan kabinet sejak memenangi pilihan raya lebih dua tahun lalu.

Jurucakap Jonathan berkata, sembilan menteri yang dipecat termasuk Menteri Hal Ehwal Luar, Menteri Pendidikan, Menteri Sains dan Teknologi, Menteri Pembangunan Perumahan dan Bandar, Menteri Perancangan Negara dan Menteri Alam Sekitar.

Selain itu, Menteri Pertahanan dan Menteri Pertanian turut dipecat.

“Kekosongan kesemua jawatan terbabit akan diisi, tetapi bukan dalam tempoh terdekat," kata jurucakap berkenaan.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut tentang pemecatan tersebut diberikan. - REUTERS

No comments: