21 Oktober 2013

Amar dibenar pulang dalam tempoh terdekat

16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


  • AmarMohd Amar yang cedera selepas terkena peluru sesat selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru (gambar kecil) di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

IPOH - Mangsa peluru sesat, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, dijangka dapat pulang dalam masa dua atau tiga hari lagi selepas pembedahan semalam berjaya mengeluarkan peluru yang tertanam di kerongkongnya.

Sekumpulan doktor pakar yang diketuai oleh Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Jabatan Neurosurgery, Dr Cheang Chee Keong menggunakan kaedah 'endoscope' bagi mengeluarkan peluru tersebut.

Dr Chee Keong berkata, Mohd Amar juga akan memakai pendakap leher selama dua bulan selepas mengesan terdapat retakan pada tulang leher.

"Bagaimanapun Mohd Amar berada dalam keadaan stabil dan kemungkinan besar tiada pembedahan lagi.

"Pembedahan berisiko tinggi ini berjalan dengan lancar dengan bantuan peralatan pembedahan yang canggih," katanya dalam sidang media di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, seorang anggota polis berpangkat sarjan yang mengosongkan pistol automatik jenis P99 Walther di tangga rumah mentuanya secara tidak sengaja tertekan picu menyebabkan peluru terkena Mohd Amar.

Sinar/-

Tiada ulasan: