27 Oktober 2013

Banjir di India: Berpuluh ribu terpaksa berpindah, 39 mati

22 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

NEW DELHI: Hujan berterusan berhari-hari menyebabkan banjir di tenggara India menyebabkan kira-kira 39 orang mati dan memaksa lebih 70,000 penduduk berpindah membabitkan beratus-ratus kampung yang terletak di kawasan rendah. 

Mereka yang terkorban membabitkan insiden di wilayah Andhra Pradesh dan Orissa sejak hujan Isnin lalu. 

Ramai dipercayai lemas akibat dihanyutkan arus deras atau terhempap runtuhan rumah mereka. 

Sementara itu, beratus-ratus kampung tenggelam dan tanaman musnah di kawasan Jelapang Padi India manakala perkhidmatan kereta api tergendala di sepanjang laluan yang ditenggelami air atau mengalami kerosakan. - AP 

Tiada ulasan: