27 Oktober 2013

Kelantan bertemu Pahang final Piala Malaysia

22 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Kempunan lagiBobby Gonzales (kiri) dihalang beberapa pemain Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi. - Foto BERNAMA
Sarawak gagal ke final Piala Malaysia untuk kali kedua selepas sekadar seri 1-1 dengan Pahang, malam tadi


Kuching: Rekod Bujang Senang yang menang semua sembilan perlawanan terakhir di Stadium Negeri bukan saja lebur selepas seri 1-1 dengan Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, malam tadi, malah lebih kecewa apabila terkandas untuk ke final buat kali kedua. 

Keputusan itu menyaksikan skuad Tok Gajah mara ke pentas final menerusi agregat 4-2.

Pahang akan bertemu dengan pasukan Kelantan yang telah melayakan diri ke final dengan mengalahkan ATM dapam perlawan separuh akhir.

Tiada ulasan: