11 November 2013

China ambil langkah berjaga-jaga berikutan taufan Haiyan


7 Muharram 1435H. [MOD] -


SHANGHAI 11 Nov. - China kini mengambil langkah berjaga-jaga tahap tinggi bagi menghadapi kemungkinan berlakunya taufan Haiyan, selepas sebuah kargo yang membawa enam orang anak kapal dilaporkan hilang.

Pentadbiran Meteorologi China mengeluarkan amaran `merah’, selepas taufan tersebut melanda pulau selatan wilayah Hainan.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata, enam orang hilang di lautan apabila tali penambat kapal itu terputus selepas dibadai ribut, menyebabkan kapal tersebut hanyut.

Taufan itu juga telah mengakibatkan berlakunya hujan lebat dan beberapa penerbangan ke Hainan terpaksa dibatalkan. - AFP

No comments: