11 November 2013

Dua pelajar mati ditembak pada majlis hari lahir

7 Muharram 1435H. [MOD] -

HOUSTON: Dua pelajar mati selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan pada majlis hari lahir remaja perempuan berusia 18 tahun, kata pihak berkuasa hari ini. 

Dalam kejadian yang sama, dua orang mengalami kecederaan parah manakala berpuluh yang lain mengalami kecederaan ketika suasana kelam kabut sehingga ada yang terjun dari tingkap tingkat dua sebuah rumah di pinggir bandar di sini. 
Sheriff Wilayah Harris, Adrian Garcia berkata, majlis itu dihebahkan menerusi laman sosial menarik lebih 100 orang, kebanyakannya berusia 17 dan 19 tahun sehingga menyebabkan `keadaan menjadi tidak terkawal'. 


Beliau berkata, tetamu sedang menari di dalam rumah dan secara tiba-tiba seorang lelaki bersenjata pistol menembak ke udara manakala seorang lagi suspek 
yang turut bersenjata mula melepaskan tembakan. - AP 

No comments: