11 November 2013

Taufan 'maut' Haiyan mula badai Vietnam

7 Muharram 1435H. [MOD] -

HANOI: Taufan Haiyan mula membadai Vietnam, awal pagi ini selepas beberapa hari melanda Filipina sehingga meragut ribuan nyawa dan membawa kemusnahan besar. 

Pusat Taufan Amerika Syarikat (JTWC) berkata taufan 'maut' itu sedang membadai dengan kelajuan angina 160 kilometer sejam di timur laut, ibu negara Hanoi.


Lebih 600,000 penduduk mula dipindahkan sejak beberapa hari lalu sejak ramalan Haiyan akan melanda Vietnam. 

Penduduk di Hanoi kini menghadapi hujan lebat dan banjir dengan ribuan di kawasan pesisir pantai diarah supaya mendapatkan perlindungan di tempat selamat. 

“Kami sudah memindahkan lebih 174,000 keluarga atau lebih 600,000 orang,” kata laporan pegawai Vietnam dari Jabatan Kawalan Banjir dan Bencana. - AFP

Tiada ulasan: