LONDON: Britain menjadi negara pertama di dunia yang meluluskan penggunaan pil anti viral Covid-19 yang dihasilkan oleh Merck dengan kerjasama Ridgeback Biotherapeutics sebagai usaha berterusan mencegah penularan virus maut itu.
Agensi Pengendali Produk Kesihatan dan Ubatan Britain (MHRA) mencadangkan, pil tersebut iaitu molnupiravir digunakan untuk pesakit Covid-19 dengan gejala ringan serta sederhana dan sekurang-kurangnya satu faktor risiko untuk menyebabkan penyakit kronik seperti obesiti, diabetes ketika usia tua dan sakit jantung.
Ubatan tersebut akan diberikan kepada pesakit sebaik sahaja mereka disahkan positif Covid-19 menerusi ujian saringan dan dalam tempoh lima hari menunjukkan gejala jangkitan.
Pil tersebut akan dijenamakan sebagai Lagevrio di Britain. – REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan