03 November 2021

COVID-19: 95.7 peratus populasi dewasa negara lengkap divaksin

 


KUALA LUMPUR: Seramai 22,393,720 individu atau 95.7 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 22,885,170 individu atau 97.8 peratus pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 122,142 dos vaksin harian diberikan membabitkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,306,343 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam, seramai 2,171,270 individu atau 69 peratus telah lengkap menerima suntikan vaksin, manakala 83.2 peratus atau 2,619,573 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September lalu.

Dalam pada itu, sejumlah 56,493 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 407,607 dos. – BERNAMA

Tiada ulasan: