MAKKAH: Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci menempatkan sebanyak 45 pasukan bertugas di kawasan sekeliling Masjidil Haram bagi melakukan proses pembersihan dan disinfeksi.
Lapor Arab News, pihaknya akan menggunakan 25,000 liter cecair nyahkuman mesra alam sekitar sehari seperti di kawasan pekarangan masjid dan tandas.
Selain itu, sebanyak 20 peralatan Biocare, 550 pencuci tangan serta alat nyahkuman lain disediakan di kawasan sekitar Masjidil Haram.
Lebih 290,000 pelitup muka diedarkan sejak tanah suci itu kembali beroperasi dengan kapasiti penuh, bulan lalu.
Sebanyak 1,500 permaidani akan dibasuh seminggu sekali menggunakan peralatan teknologi canggih di Kudai bagi menjamin keselamatan kepada jemaah masjid.
UTUSAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan