PARIS: Cristiano Ronaldo sekali lagi meledak gol penyamaan lewat permainan bagi menyelamatkan Manchester United dalam Liga Juara-Juara sebentar tadi ketika bekas kelabnya Juventus dan Bayern Munich masing-masing memastikan kemaraan ke kelompok 16 terakhir.
Ronaldo meledak dari dalam kotak penalti pada masa kecederaan bagi memberikan United keputusan seri 2-2 berdepan Atalanta di Itali dan di landasan tepat untuk mara dari Kumpulan F.
Penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan sebelum itu menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama berikutan jaringan awal Josip Ilicic.
Bagaimanapun selepas kehilangan Raphael Varane kerana kecederaan, United ketinggalan sekali lagi pada minit ke-56 apabila Duvan Zapata melarikan bola dan mengatasi Harry Maguire sebelum meledak jaringan.
Gol itu pada awalnya tidak diberikan kerana ofsaid sebelum dibenarkan selepas melihat rakaman VAR namun Ronaldo meledak gol penyamaan yang juga kesembilan dalam 11 penampilan sejak kembali ke Old Trafford dan ke-139 dalam kejohanan ini.
"Kami percaya hingga penamat. Saya membantu pasukan saya mendapatkan satu mata," kata Ronaldo. "Kami tidak pernah berputus asa, saya rasa ia keputusan yang bagus buat kami." - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan