03 November 2021

Berang lamaran ditolak, lelaki bunuh bakal bapa mentua

 

NIKO TAMPUBOLON

RIAU: Seorang lelaki berusia 21 tahun nekad membunuh bakal bapa mentuanya, gara-gara niat hatinya untuk melamar anak perempuan mangsa ditolak. 

Lapor Kompas.com, kejadian maut itu berlaku di sebuah rumah di Rokan Hulu, Riau, Sabtu lalu. 

Niko Tampubolon nekad membunuh Pangolop Gultom, 51, selepas berlaku pertengkaran antara mereka berhubung lamaran tersebut.  

Mangsa berusaha menyelamatkan diri sebelum terus dikejar hingga akhirnya dibunuh dengan alat penyodok sawit sepanjang empat meter. 

Susulan itu, penduduk berang dengan tindakan pelaku dan memukulnya sehingga berlumuran darah, sebelum diserahkan kepada pihak polis.  

Ketua Polis Rokan Hulu, Eko Wimpiyanto mengesahkan kejadian bunuh tersebut dan pihaknya merampas bahan bukti yang digunakan suspek ketika melakukan pembunuhan termasuk seluar mangsa yang dipenuhi darah. 

UTUSAN.

Tiada ulasan: