13 Disember 2021

Nenek penuhi impian untuk belajar membaca dan menulis pada usia 104 tahun

 

KUTTIYAMMA bersama jirannya, Rehana John yang merupakan guru literasi. - THE GUARDIAN

KOCHI: Seorang wanita warga emas dari Kerala, India berjaya memenuhi impiannya untuk belajar membaca dan menulis pada usia 104 tahun.    

Lapor The Guardian, Kuttiyamma yang berasal dari kampung Thiruvanchoor memulakan aktiviti hariannya dengan membaca surat khabar tempatan, Manorama selama dua jam.

Setiap pagi, Kuttiyamma akan membaca berita di surat khabar bagi memastikan dirinya dimaklumkan mengenai isu-isu semasa yang berlaku di seluruh dunia.

Dilaporkan, Kuttiyamma hanya mula belajar membaca pada April lalu setelah mengambil kelas pembelajaran daripada jirannya, Rehana John sejak setahun lalu .

“Saya sentiasa mempunyai rasa ingin tahu mengenai isu-isu semasa yang berlaku di dunia.

“Ada kalanya, saya menyesal ketidakupayaan saya untuk membaca dan menulis dan sentiasa merayu orang muda di rumah membacakan berita di surat khabar kepada saya.

“Saya juga mempunyai hasrat untuk belajar menulis nama dan alamat saya dengan sendiri,” katanya.

Setelah beberapa bulan belajar dengan Rehana pada sebelah petang, Kuttiyamma memutuskan untuk mengambil peperiksaan celik huruf kerajan negeri Kerala.

Kuttiyama menjadi antara pelajar wanita tertua yang mengambil peperiksaan tahunan itu pada bulan lalu.  

Malah, wanita itu mendapat 89 daripada 100 markah dalam ujian Misi Literasi Negeri Kerala yang setara dengan pendidikan peringkat rendah.

UTUSAN.

Tiada ulasan: