PAS mula masuk bertanding di Beting Maro pada tahun 2001 menerusi penampilan Abang Ahmad Abang Dahlan dan memperolehi undi yang memberangsangkan dan seterusnya pada tahun 2006 menerusi Alem Din yang memperolehi 1,901 undi.
Sejarah terus ditempa dengan pencalonan Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus yang hampir menewaskan calon BN pada masa yo dengan undi sebanyak 2,678.
Seterusnya pada PRN yang lepas, PAS Sarawak menampilkan calon sulung wanita, Hamidah Mokhtar yang terus mencatatkan kenaikan undi iaitu sebanyak 3,051 undi.
PAS tuk sik muncul masa pilihan raya jak. Kita konsisten dan kerap turun padang menyantuni rakyat menerusi banyak projek dan program seperti program kebajikan, ziarah perkahwinan, hari jadi dan sebagainya.
Kita dari PAS pun turun molah inisiatif projek Prihatin yang banyak fokus kepada pembangunan serta baik pulih infra macam jalan dan titi.
Sik mustahil dengan dengan trend kenaikan undi dan sokongan padu dari seluruh rakyat Beting Maro, insya-AllahADUN sulung PAS dapat dilahirkan dalam sesi pilihan raya kali tuk dan seterusnya ngembak harapan rakyat dan menjadi penghubung penyelesaian masalah rakyat melalui kerjasama menteri berkaitan di Kerajaan Pusat. Insya-Allah Amin.
PAS juak ingin ngambik kesempatan merakamkan penghargaan atas segala sokongan pengundi dan seluruh jentera tempatan di DUN Beting Maro tuk. – HARAKAHDAILY 13/12/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/109126374940503/posts/113989447787529/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan