HIDUP berjemaah ini kena terima hakikat kadang-kadang orang terlepas pandang kita. Dalam ucapan, tak disebut nama kita. Agihan bantuan, tercicir nama kita. Apa-apa penghargaan, kita terlepas.
Sebagai manusia, akan rasa sikit kecil hati. Masa inilah perlu berjiwa besar. Ingat balik tujuan kita berjemaah bukan untuk mencari perkara-perkara di atas. Kalau dapat, ia bonus. Kalau tak dapat, tak menjadikan tumit kita berpaling.
Jemaah ini diuruskan oleh manusia yang serba kekurangan. Walaupun ia tak patut berlaku, tapi hakikatnya ia ada berlaku. Sentiasa bersangka baik. Jangan biarkan bisikan syaitan menyelinap dalam ruang hati kita.
Itulah antara intipati Hadis yang Tuan Guru sampaikan dalam sambutan 70 tahun PAS.
‘Saya sedih baca Hadis ini…’ ujar Tuan Guru sebelum membaca sabda Rasulullah S.A.W:
تَعِسَ عبدُ الدِّينَارِ، وَعَبْدُ الدِّرْهَمِ، وَعَبْدُ الخَمِيصَةِ، إنْ أُعْطِيَ رَضِيَ، وإنْ لَمْ يُعْطَ سَخِطَ، تَعِسَ وَانْتَكَسَ، وإذَا شِيكَ فلا انْتَقَشَ، طُوبَى لِعَبْدٍ آخِذٍ بعِنَانِ فَرَسِهِ في سَبيلِ اللَّهِ، أَشْعَثَ رَأْسُهُ، مُغْبَرَّةٍ قَدَمَاهُ، إنْ كانَ في الحِرَاسَةِ، كانَ في الحِرَاسَةِ، وإنْ كانَ في السَّاقَةِ كانَ في السَّاقَةِ، إنِ اسْتَأْذَنَ لَمْ يُؤْذَنْ له، وإنْ شَفَعَ لَمْ يُشَفَّعْ
“Celakalah hamba dinar, hamba dirham dan hamba pakaian. Jika diberi habuan mereka suka. Jika tidak diberi mereka marah. Celaka dan hinalah mereka. Kelak jika dia tercucuk duri tiada yang mahu mencabutnya.
“Berbahagialah hamba yang memacu tali kudanya ke jalan Allah. Sanggup kusut masai rambutnya, berdebu kakinya. Jika ditugaskan sebagai pengawal, dia sanggup jadi pengawal. Jika ditugaskan ke belakang, dia sanggup ke belakang. Dia tidak kisah jika dia memohon, tidak diperkenan. Tidak kisah jika dia perlu bantuan, tidak diberi.”
[Hadis Riwayat Bukhari]
ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 13/12/2021
Sumber Asal: https://m.facebook.com/100000927096907/posts/7011425745564926/?sfnsn=mo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan