13 Disember 2021

Indonesia melepasi ‘fasa kritikal’ pandemik Covid-19

 

SEORANG wanita dan kanak-kanak menunggang motosikal melintasi mural kesedaran Covid-19 di Banda Aceh, Indonesia. - AFP

JAKARTA: Ikatan Doktor Indonesia (IDAI) menilai negara ini sudah melepasi ‘fasa kritikal’ pandemik Covid-19 kerana jumlah kes jangkitan di Indonesia merekodkan penurunan secara signifikan sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Pengurus Besar IDI, Adib Khumaidi berkata, situasi pandemik di Indonesia ketika ini amat berbeza berbanding sebelum ini yang pernah mencatatkan kes jangkitan sebanyak 56,757 sehari.

“Kita sudah keluar dari krisis, mudah-mudahan kita kembali kepada situasi itu.

“Apa yang perlu kita lakukan ketika ini adalah memastikan keadaan semasa terus terkawal dan pada masa sama memulihkan sistem kesihatan negara,” katanya kepada CNN Indonesia.

Adib juga meramalkan pandemik Covid-19 di negara ini akan memasuki fasa endemik menjelang Tahun Baharu 2022 sekiranya kes jangkitan terus menurun.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan supaya rakyat tidak terlalu selesa dengan situasi ini kerana gelombang jangkitan boleh meningkat pada bila-bila masa sekiranya leka.

“Jika Januari depan tiada peningkatan kes yang tinggi, maka kita akan masuk fasa endemik,” ujarnya.

Namun, Adib juga measihatkan supaya kerajaan terus bersedia terhadap sebarang kemungkinan, termasuk menyediakan sistem sokongan kesihatan yang stabil bagi menghadapi gelombang baharu.

UTUSAN.

Tiada ulasan: