30 November 2008

MB Perak berada di Pulau Pangkor 2 hari

LUMUT, 29 Nov :-Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat menjejak kaki ke Pulau ini setelah 9 bulan diamanahkan sebagai Menteri Besar Perak, demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam kuliah Maghrib di Masjid Teluk Raja Bayang di Pulau pangkor di sini malam ini.

Dalam lawatan ke Pulau Pangkor ini YAB Menteri Besar telah diaturkan beberapa program utama iaitu pada jam 5.30 petang tadi telah diadakan Program Hi Tea di Warung pak Usop di Sungai Pinang Besar yang di hadir oleh hampir 300 orang Melayu, Cina dan India.

Pada sebelah malam pula YAB Menteri Besar memenuhi jemputan AJK Masjid Pangkor untuk memberi kuliah Maghrib yang dihadiri oleh 100 orang penduduk setempat.



"Apalah salahnya kita sama-sama mengajak orang yang kita pimpin, di rumah, di pejabat dan saya sebagai Menteri Besar yang diamanahkan untuk meningkatkan perlaksanaan solat" tegasnya.

Ir. Nizar juga menyatakan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan di dunia ini, kerana itu kita mesti melaksanakan amnah ini sebaik mungkin takut kelak kita akan rugi.


Bagi Ceramah di Dataran Pangkor Pasir Bogak pihak penganjur membaris MB dengan ADUN Titi Serong yang dihadiri oleh lebih 300 orang pendengar.

Dalam ucapannya Drs. Khalil menumpukan ucapannya dalam bahasa Mandarin sebagai meraikan kehadiran kaum Cina yang agak ramai.

Antara kupasan yang diberikan ialah tentang keyakinan kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS telah berubah di kalangan kaum India dan Cina. Putar belit yang dinyatakan selama ini telah tidak dipercayai oleh dua bangsa tersebut.

Menteri Besar mengupas tentang dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan termasuk mengadakan Takaful kifalah yang memperuntuk RM 1000 kepada warga emas 65 tahun ke atas yang meninggal dunia.

"Adakah dakwaan akan hura hara dan hara huru yang didakwa bila kita menang dan memerintah benar" tanya Menteri besar.

Ir. Nizar juga menyatakan kekesalannya dengan sikap Perak FM yang tidak menyiarkan dan memberi peluang kepada nya untuk bercakap.

Kedua-dua penceramah juga mnegupas tentang kezaliman ISA yang wajib ditolak orang rakyat termasuk di Pulau Pangkor.

Program terakhir ialah pada 30 November YAB Menteri Besar akan menyampaikan Kuliah Subuh di Surau Teluk Gedung yang dijangkakan mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat.

Kehlian Kelab Penyokong PAS melebihi 30,000 orang.

Jumlah keahlian Kelab Penyokong PAS sekarang telah melebihi angka 30,000 orang. Jumlah terbanyak ialah dari kaum India sebanyak 58 % dan selebihnya dari Kaum Cina, dan sedikit dari kaum Sikh , Siam dan Iban diSerawak.Demikian kenyataan dari Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan ,Sdr. Vincent Lee dalam Dialog Bersama komuniti Non-Muslm sempena Kempen Jom sertai Pas anjuran PAS Temerloh pagi ini.

Program yang diadakan di hadapan Pejabat PAS Kawasan Temerloh menampilkan Panel Dialog iaitu Naib Presiden PAS , Ust. Ahmad Awang, Pesuruh jaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat, Ust. Abdul Ghani Shamsudin, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, dan Pengerusi kelab Penyokong PAS Negeri Pahang, N. Balasubramaniam.

Vicent Lee juga menjelaskan tidak ada sebab orang Cina dan India takut kepada PAS kerana PAS lah yang mempunyai pengalaman memerintah yang lama khususnya di Kelantan.

Tegasnya di Kelantan tidak ada halangan kepada orang Cina untuk mengamalkan budaya dan adat mereka masing-masing. Contohnya di Kelantan lah letaknya patung Buddha yang terbesar di Malaysia. Di Jalan kebun Sultan Kota Bharu orang Cina menjual daging “kerbau pendek” dan teh cina dengan terbuka.

“jangan tuan-tuan percaya dengan dakwaan saya kerana Kelantan bukannya jauh dan boleh pergi ke sana untuk melihat sendiri” katanya.

ADUn Titi Serong berceramah di Temerloh Pahang.

TEMERLOH, 29 Nov :- Ceramah Perdana PAS Kawasan Temerloh diadakan dalam keadaan cuaca yang baik menampilkan penceramah terdiri dari Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang, AJK PAS Pusat, Ust. Ghani Shamsuddin, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang, N. Balasubramaniam.

Ceramah tersebut diadakan di Darul Amin bagi memperjelaskan berbagai isu termasuk keanggotaan Kelab Penyokong PAS dalam parti.

ADUN Titi Serong dalam ceramahnya menjelaskan perkembangan persidangan DUN yang lepas yang telah meluluskan Bajet 2009 serta Usul Mansuh kan ISA.

Menurut Setiausaha Sekateriat Program Pemerkasaan PAS Kawasan Temerloh, Ustaz Fairuz Hisham Nordin, ceramah perdana dibuat bagi mengisi program lawatan kerja pimpinan PAS Pusat melalui Lajnah Permerkasaan PAS Pusat ke Kawasan Temerloh melibatkan pimpinan Kelab Penyokong PAS

Hadir sama dalam program tersebut ialah ADUN Sri Semantan, YB. Syed Hamid bin Syed Muhammad dan YDP Kawasan Temerloh, Ust. Abdul Rahim bin Abd. Latif.

29 November 2008

Ahli Parlimen Kuala Terengganu meninggal dunia.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi seperti yang disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom petang ini.

Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.

Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.

Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Allahyarham menghadiri sesi permukiman dua hari bagi pemimpin Umno Terengganu di situ yang bermula hari ini.

Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.

Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima
anak.

Malaysiakini difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini.

Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi kerusi parlimen Kuala Terengganu.
Bernama.

Khatib Jumaat masih ramai yang tidak layak ?

Minggu lepas saya sembahyang jumaat di mesjid jamik Kubu Gajah. Disebabkan saya kena berada di Ipoh jam 3.00 petang jadi tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa sembahyang Jumaat dalam perjalanan ke Ipoh. Seingat saya sudah beberapa jumaat tidab baca khutbah didalam kawasan sendiri kerana kebetulan tugas luar pada hari tersebut.

Semasa dimesjid itu alangkah kecewanya bila mendengar khutbah yang dibaca oleh seorang khatib yang saya nilai telah mengagalkan matlamat Jumaat di wajibkan pada setiap minggu seorang mukmin.

Tujuan Jumaat adalah untuk menjadi tempat mendidik ummah paling kurang seminggu sekali. Mahu tidak mahu kita kena mengaji dalam bahasa mudahnya. Sebab itulah Jumaat terdiri dari dua komponen utama iaitu khutbah dan solat 2 rakaat. Semuanya wajib dengan syarat dan rukunnya.

Saya tidak dapat bayangkan medium yang begitu penting disalah gunakan oleh orang yang tidak berkelayakan berada di sana. Suatu masa dulu zaman ulama Dahri yang bermegah dimimbar tanpa ada kelayakan yang sebenarnya. Kalau Dahri menyelewang aqidahnya, khatib yang sedemikian menyeleweng dari segi kedudukannya. Dia tidak selayaknya berada disitu.

Sekadar melepaskan geram sesudah sembahyang saya bertanya beberapa orang yang sembahyang bersama, dia kata khatib itu orang lama yang setahunya dari dulu telah jadi khatib. Persoalannya kenapakah dia sanggup berada disitu dengan ketidak layakannya.

Hari ini saya dalam perjalanan ke Pahang untuk suatu program PAS. Perkara sama berlaku lagi. Sekali ini di Mesjid jamek Sungkai. Disebabkan saya pernah berada di situ pada tahun 1992 semasa baru balik belajar di Indonesia lalu saya arahkan pemandu peribadi untuk singgah disana sembahyang Jumaat sesuai dengan jam ditangan.

Semasa dia membaca khutbah, saya teringat inikah imam yang pernah saya tegur pada tahun 1992 semasa saya sembahyang disitu, cuma sekarang mesjid baru, tahun 1992 mesjidnya dibangunan lama ditapak berlainan.

Bayangkan menyebut nama surah Al Ash pun tidak betul dan tersasul dengan "watawasau bil sabr" dulu. dan membaca beberapa hadits dengan sebutan yang jauh lari dari lahjah Arab.

Sesudah sembahyang saya menemui seorang petugas mesjid yang mengenali saya dan bertanya siapakah imam itu dan beliau mengesahkan itulah imam yang saya tegur pada 14 tahun lepas.

Sungguh tidak bertanggungjawab dia masih dalam tahap lama dimimbar jumaat. Sedangkan orang datang untuk mendapatkan ilmu dan suatu fardhu yang sangat bermakna setiap minggu kerana diwajibkan secara berjemaah.

Adun PAS nafi desak Tuan Guru Nik Aziz berundur cepat

KUALA LUMPUR, 27 Nov - Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat hari ini menafikan wujudnya desakan dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS supaya Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Nik Mat berundur dari jawatannya.

Malahan, beliau yang juga Adun Pulai Chondong, berkata pihaknya mahukan Mursyidul Am PAS itu agar dipanjangkan umur supaya boleh mentadbir kerajaan negeri lebih lama lagi.

"Sepatutnya Tok Guru (Nik Abdul Aziz) memerintah lebih lama lagi. Tiada pakatan untuk gesa tok guru berundur sama ada secara sulit atau tidak," katanya kepada pemberita selepas taklimat Homestay anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan di Kota Bharu.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam, yang "tidak sabar" untuk melepaskan jawatan itu jika Adun PAS di Kelantan memintanya berbuat demikian.

Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan bahawa beberapa wakil rakyat daripada parti itu mahu beliau meletak jawatan "pada masa gemilang beliau" dan memberi laluan kepada pemimpin muda parti itu bagi menerajui kerajaan Kelantan.

Malahan, menurut laporan Mingguan Watan itu, golongan berkenaan mahu Nik Abdul Aziz yang dianggap sudah berumur dan mengalami masalah kesihatan, menyediakan pelan peralihan kuasa segera kerana kerap berlaku mesyuarat penting membabitkan keputusan segera kerajaan negeri terpaksa ditangguh kerana beliau berada di hospital.

Sementara itu, Adun PAS Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron meminta pihak yang membuat dakwaan itu agar tampil ke hadapan.

"Tidak ada sebab kami mahukan tok guru berhenti. Tok Guru memang dikenali sebagai bapa perpaduan. Kami tidak mahu dia berhenti," katanya.

Adun Tawang, Hassan Mohamood berkata isu gesaan itu tidak pernah dibangkitkan di kalangan Adun PAS kerana mereka akan menyokong Tuan Guru Nik Abdul Aziz sehingga akhir hayatnya.

"Kita sokong Tok Guru sampai mati. Semua terus sokong," katanya sambil menyifatkan gesaan itu datang daripada pihak luar dan bukan di kalangan Adun PAS. _sumber harakahDaily

MB seru graduan ceburi bidang asas tani

SUNGAI SIPUT, 27 Nov - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru anak-anak muda terutama graduan dan lepasan institut pengajian tinggi di negeri ini supaya menyertai sektor asas tani.

"Kerajaan bersama agensi-agensinya seperti Mardi, Sirim, Mara dan pihak swasta akan menyediakan pelbagai bantuan keperluan asas teknikal demi menjayakan program tersebut," katanya di Pelancaran Agrofest 2008 Hari Peladang, Penternak, Nelayan di Ladang Inforternak di Kuala Kangsar petang semalam.

Nizar ketika berucap di depan 30,000 orang pengunjung semalam menyatakan, dalam usaha intensif kerajaan ke arah itu klinik-klinik bimbangan usahawan sempena Agrofest 2008 akan diadakan untuk memberi peluang kepada graduan dan usahawan muda menimba ilmu pengetahuan serta pelbagai maklumat ke arah menyertai industri usahawan asas tani.

"Pada peringkat awalnya program klinik ini akan mendedahkan mengenai kursus bidang keusahawan industri dan asas tani dengan dipolopori oleh Unit Perancang Ekonom Negeri Perak," tegasnya.

Tegas Nizar, Unit tersebut akan mengetuai sektor berkenaan dengan memberikan tumpuan positif bagi mewujudkan pekerjaan industri asas tani.

"Pengembelingan sedemikian itu bukan sahaja dapat mengukuhkan ekonomi negeri ini malah dapat mengurangkan pergantungan bahan tersebut dari luar, malah ia akan membolehkan kita dalam masa terdekat mengekspot lebihan hasil produk pertanian, penternakan dan nelayan keluar negara pula," hasratnya.

Nizar, kemudiannya menyampaikan hadiah-hadiah kepada Peladang Jaya Lelaki, Rosli Ismail dari Pertubuhan Peladang Kawasan Parit Buntar, Peladang Jaya Wanita, Sharifah Abdul Rahman dari Batu Kurau dan Peladang Muda Jaya 2008, Zulsami Ismail dari Kuala Kurau. - mns_HarakahDaily

28 November 2008

Raya Haji 8 Disember.

KUALA LUMPUR, 27 Nov :-Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari Khamis mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Dis.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1429 Hijrah ialah pada 29 Nov 2008 Masihi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Dis," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Warga Cina Islam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung, maaf zahir batin.

27 November 2008

Menteri Besar Perak prihatin dengan mangsa banjir di Sungai Siput.

SUNGAI SIPUT, 27 Nov :- Mangsa banjir dibeberapa kawasan petempatan di Daerah Sungai Siput mendapat perhatian serius dari YAB Menteri Besar Perak apabila beliau menghantar wakilnya untuk meninjau dan memberi sedikit bantuan kepada 28 keluarga mangsa yang terlibat.

"Saya sampaikan salam dari YAB Menteri Besar dengan lafaz 'assalamualaikum' kepada semua mangsa yang terlibat, YAB Menteri Besar walaupun pada petang tadi berada di Pusat Ternak Sungai Siput merasmikan AgroFest namun beliau terpaksa bergegas balik ke Ipoh menghadiri program yang diatur terlebih dahulu, dan beliau memohon maaf kerana tidak dapat bersama dengan tuan-tuan pada malam ini " demikian antara ucapan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs. Khalil Idham Lim yang mewakili YAB Menteri Besar semasa menemui 15 keluarga mangsa yang dari PPRT Lintang yang ditempatkan di Pusat Perpindahan Kg. Tok Siraj.

Drs. Khalil menyampaikan Bantuan Kerajaan Negeri kepada mangsa di Kg. Tok Siraj.



Dalam ucapannya juga beliau menyatakan keperihatinan kerajaan negeri kepada mangsa banjir tersebut dan memohon semua mangsa bersabar dengan ujian tersebut.

"Sepatutnya orang Sungai Siput berseronok pergi ke AgroFest yang diadakan di sini namun tuan-tuan diberikan ujian oleh Allah, namun saya mengharapkan gunakan peluang yang ada semasa dipusat perpindahan untuk meningkatkan ukhuwah Islamiyah sesama kita" saran Drs. Khalil.


Drs. Khalil menghiburkan salah satu keluarga mangsa.



Lawatan itu diiringi oleh Rombongan PAS Kawasan Sungai Siput yang diketui YDPnya , Ust. Zulkifli Ahmad, Penghulu Mukim Pulau Kemiri, Ahmad Nizar Abdul Aziz, Ketua Kampung Makmur, Meor Ariffin , Ketua Kampung Lasah, Nordin Mat Yassin dan rombongan yang lain.

Bantuan juga diberikan kepada 6 keluarga di Kampung Makmur yang rumah mereka telah hampir 2 hari ditenggelami air.

Lawatan berakhir dengan lawatan ke Pusat Perpindahan di Dewan Orang Ramai Kg. Lasah dengan jumlah mangsa yang telah dipindahkan dari Kg Chior sebanyak 4 keluarga. Semasa memberikan taklimat ringkas Penghulu Mukim Pulau Kemiri memaklumkan masih ada 3 keluarga yang sedang diusahakan untuk dipindahkan ke pusat perpindahan itu.

Dimaklumkan juga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Kangsar juga telah datang memberikan bantuan berupa makanan kepada semua mangsa yang terlibat.

Seorang penduduk setempat yang ditemui memohon dari Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku sejak akhir-akhir ini, dakwanya keadaan ini berlaku akibat dari kegiatan pembalakan haram suatu masa dulu yang mengakibatkan hakisan teruk dan menyebabkan banyak sungai yang tertimbus.

Ketua Kampung Makmur, Meor Ariffin memberi maklumat bahawa sungai yang berada disekitar Lintang sangat kaya dengan pasir sungai yang tinggi nilainya. "setahu saya pada masa ini ada 3 syarikat yang sedang mengusahakan mengambil pasir tersebut yang saya tidak jelas statusnya" jelasnya.

MB : Blogger berperanan sebar maklumat Kerajaan Negeri Perak.

IPOH , 26 N0v :- Blogger dari negeri Perak ini dapat memainkan peranan yang aktif dalam menyebarkan segala maklumat kerajaan negeri turun kepada rakyat. Sambil mengakui terdapat beberapa masalah berkaitan urusan penyebaran maklumat dari kerajaan negeri, beliau meminta para blogger bersikap lebih proaktif dalam membalas fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan negeri oleh pihak musuh. Demikian antara amanat YAB Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin dalam diantara blogger-blogger Pas Perak disini hari ini.

Hadir sama dalam pertemuan pertama kali seumpama itu ialah ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim,Setiausaha Politik, Misbahulmunir dan SU Akhbar MB Perak , Anuar Hashim.

Diantara blogger yang hadir ialah Cina-Islam, Alhusseyn, Warta Sg Rapat, Bumi Perak, Anak Sengat, Budak Ipoh Timur, Pas Tambun, Telok Bakong Online, wakil YB Roslan Shaharom (dari Bukit Gantang) dan Ajijoi.

MB sendiri juga mempunyai blog sendiri (kamparinn.blogspot.com), Setiausaha politik dengan blognya, misabah.blogspot.com dan Setiausaha Akhbar MB, Sdr Anuar dengan blog anuarhashim.com.

Kesudian YAB MB meluangkan sedikit masa untuk mendengar sendiri pandangan dan saranan daripada kami demi penambah baikan penerangan dan juga isu-isu yang timbul mengenai kerajaan negeri amat kami hargai. Perjumpaan antara blogger dengan MB

Perjumpaan juga dapat menambahkan lagi ikatan ukhuwwah diantara blogger disamping dapat berkongsi-kongsi pandangan dan idea untuk memantapkan dan menyelaraskan berita-berita serta komentar tentang sesuatu isu didalam blog-blog yang selenggarakan.

Antara keputusan penting yang diambil ialah penubuhan sebuah Jawatankuasa untuk menyelaras sebuah wbsite yang dicadangkan dengan nama perakini.com. jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh ADUN Titi Serong, Timbalannya, Al Husyyen, dan Setiausahanya SU Akhbar MB.

Pemahaman undang-undang memudahkan tindakan pencegahan.

PARIT BUNTAR, 26 Nov :- Pemahaman kepada undang-undang syariah byang ditaklimatkan akan mememudahkan para imam, Ketua Kampung dan Pengerusi Masjid untuk bertindak sekiranya ada pelanggaran berlaku dikawasan masing-masing. Demikian antara ucapan ADUN Titi serong, Khalil Idham Lim semasa merasmikan Program Taklimat Peguatkuasaan Undang-undang Syariah 1992 Peringkat Daerah Pentadbiran Agama Parit Buntar disini hari ini.


Beliau juga menegaskan serampang dua mata amar maaruf nahi mungkar merupakan kewajipan bersama yang mesti dilaksanakan. Harapan belau semuga program seumpama ini adalah langkah untuk memaksimakan peranana agensi dan badan-badan kerjaan disemua peringkattermasuklah di kampung.

Drs. Khalil menyampaikan ucapan perasmian sambil diperhatikan oleh Ust. manolito


Drs. Khalil juga pada kesempatan itu menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri berupa satu set LCD dan komputer bimbit.

Turut hadir dalam majlis sehari itu ialah PenolongPengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIP, AF. Ust. Sofyan Abd. Latif , Pegawai Agama Daerah Parit Buntar, Ust. Manolito b. Muhd. Dahlan, Penghulu Mukim, Ketua Kampung, Imam dan Pengerusi Mesjid.


Terdahulu semasa menyampaikan ucapan aluan, Pegawai Tadbir Agama merakamkan terima kasih dengan kehadiran Adun dan perta . Beliau juga mengharapkan hasratnya untuk melihat Kerian sebagai lembah ilmu terhasil dengan pelbagai program yang dilaksanakan.

Beliau juga memaklumkan suatu program Debat Perdana pada 6 Didember yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak di Dewan Chin Boon Kok Denisstown yang membariskan panel Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf, Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dan Naib Presiden TERAS, Ust. Hafis Mokhtar Lubis.

26 November 2008

Usaha membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

BAGAN TIANG, 26 Nov :- Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha membantu rakyatnya tanpa mengira Bangsa dan Agama, sesiapa yang layak dan sesuai dengan peruntukan yang ada mereka akan diberikan bantuan. Demikan antara ucapan ringkas ADUN TGiti Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Perak kepada dua persatuan Cina disini.

Drs. Khalil menyampaikan ucapan ringkas.


Persatuan Cina Chin Boon Kok Bagan Tiang menerima sumbangan berupa cek sebanyak RM 15,000 dan Pasukan Bomba Penyelamat Sukarela Kuala Bagan Tiang juga menerima sekeping cek benilai RM 1,500.

Wakil Pasukan Bomba Penyelamat menerima cek.


Hadir sama dalam majlis ringkas penyampaian cek tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan yang juga Ahli Majlis Daerah Kerian, Hj. Harun Hashim, AJK PAS Kawasan, Hj. Ridzuan dan Hj. Hussin Awang, Ketua kampung Sg. Megat Aris, Hj. Bakhtiar , Ketua Kampung Tanah Baru, Hj. Rahman dan Wakil dari kedua-dua persatuan serta warga Cina setempat.


Hj. Harun menyampaikan cek kepada Persatuan Cina.


Pada kesempatan itu Drs. Khalil menyatakan hasratnya untuk menimbang dengan sebaik mungkin untuk menyampaikan sumbangan kepada persatuan tersebut sekiranya ada lagi permohonan di masa akan datang.

Wakil dari persatuan yang menyampaikan ucapan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih dengan kesudian ADUN hadir sekali gus menyalurkan bantuan seumpama itu yang tidak pernah diterima oleh persatuan sebelum dari ini.

Universiti Etnik-Etnik Guangxi Tawarkan Jurusan Bahasa Melayu

Ketika ramai rakyat Malaysia mulai tidak cintakan bahasa negaranya sendiri sehingga kepada pihak Kementerian Pelajaran yang menafikan hak rakyat untuk mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasanya sendiri, Namun bahasa ini dipelajari secara meluas dimerata dunia termasuklah di China.

Terkini Universiti Etnik-Etnik Guangxi telah menawarkan jurusan bahasa Melayu pada bulan Oktober lalu. Kini, kelas jurusan bahasa Melayu di universiti tersebut mempunyai 19 orang pelajar, terdiri daripada 15 orang pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki. Kebanyakan mereka berasal dari Guangxi, Sichuan dan Hainan, China. Yu Yue dari Universiti Penganjian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) yang kini bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Universiti Etnik-Etnik Guangxi memaklumkan: "Kursus bahasa Melayu dimulakan di sini pada 6 Oktober yang lalu. Semua pelajar ini berminat kepada bahasa Melayu dan juga negara Malaysia. Beberapa orang antara mereka telah mula memperlihatkan bakat dalam mengusai bahasa Melayu."


Prof. Wu Zongyu, Pengarah Pusat Pengajian Melayu China


Kursus bahasa Melayu yang pertama bagi 19 orang mahasiswa yang baru ini disampaikan oleh pakar bahasa Melayu yang terkenal di China, Prof. Wu Zongyu yang juga Pengarah Pusat Pengajian Melayu China dari BFSU. Prof. Wu Zongyu ketika diwawancara oleh wartawan CRI berkata: "Jurusan bahasa Melayu buat pertama kalinya ditawarkan di Universiti Guangxi pada tahun ini. Pusat Penganjian Melayu China berkewajipan untuk membantu usaha pengajian bahasa Melayu di sana kerana kami bertanggungjawab atas pengembangan bahasa Melayu di China. Perkara ini mampu merapatkan hubungan antara rakyat China dengan kaum Melayu, malah hubungan antara kedua-dua negara. Kini, semakin ramai remaja China menunjukkan minat kepada bahasa Melayu, Mereka dapat memberikan sumbangan kepada persahabatan China-Malaysia. Oleh yang demikian, kami bersedia memberikan bantuan kepada semua institusi pengajian tinggi di China yang ingin menawarkan kursus bahasa Melayu."


Prof. Huang Xiulian


Canselor Institut Bahasa-Bahasa Asing Universiti Universiti Etnik-Etnik Guangxi Guangxi, Prof. Huang Xiulian memberitahu wartawan bahawa hubungan kerjasama dan pertukaran antara Guangxi dengan negara-negara ASEAN menjadi semakin erat beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini terjadi selepas Nanning, ibu kota Guangxi, diisytiharkan sebagai tempat tetap bagi penganjuran Ekspo China-ASEAN dan perkembangan proses penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Oleh hal yang demikian, Universiti Etnik-Etnik Guangxi menawarkan jurusan bahasa Melayu memandangkan permintaan yang semakin bertambah terhadap tenaga manusia yang mampu menggunakan bahasa dari pelbagai negara anggota ASEAN. Prof. Huang Xiulian berkata: "Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN akan siap ditubuhkan, pada asasnya menjelang tahun 2010. Guangxi yang lokasinya menghubungkan China dengan negara ASEAN dijangka dapat menjalinkan hubungan yang semakin erat dengan ASEAN, baik dari segi politik, ekonomi, maupun dari segi kebudayaan. Bahasa Melayu digunakan secara meluas di rantau ASEAN. Selain daripada Malaysia dan Brunei Darussalam, ia juga boleh digunakan di Indonesia dan Filipina. Memandangkan hal yang sedemikian, kami merasakan amat perlu untuk menawarkan jurusan bahasa Melayu di Universiti kami."

Menurut Prof. Huang Xiulian, semua pelajar yang mengikuti jurusan bahasa negara-negara ASEAN di Universiti Etnik-Etnik Guangxi diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran selama setahun di seberang laut, yakni di negara bagi bahasa yang berkenaan. Hal ini akan membantu mahasiwa untuk menjadi lebih mahir dan cekap menggunakan lisan dan mengetahui secara dekat dan lebih mendalam tentang masyarakat tempatan.

IMF Jangka Kepesatan Pertumbuhan Ekonomi Asia Akan Menurun Tahun Depan

Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) menyatakan, kepesatan pertumbuhan ekonomi di Asia akan menurun secara ketara pada tahun 2009 ekoran krisis kewangan.

Berdasarkan laporan "Ramalan Ekonomi Rantau Asia-Pasifik" IMF pada bulan November, ekoran penurunan permintaan eksport, pemberian wang pinjaman kredit yang ketat dan pelbagai unsur negatif yang lain, kadar pertumbuhan ekonomi Asia pada tahun ini dijangka mencatat 6%. Bilangan ini akan menurun kepada 4.9% pada tahun 2009.

Berdasarkan laporan itu, kadar pertumbuhan ekonomi China akan menurun kepada 8.5% pada tahun depan, manakala 6.3% untuk India dan 2% untuk Republik Korea. Ekonomi Jepun akan mencapai pertumbuhan negatif pada 0.2%.

Kepesatan pertumbuhan ekonomi Asia mungkin dapat dipulihkan pada penghujung tahun 2009. Namun, jika ekonomi sejagat merosot atau krisis pinjaman kredit lebih buruk daripada jangkaan, kepesatan pertumbuhan ekonomi Asia juga akan terus merudum.

Jawatankuasa Fatwa Perak perlu pertimbang fatwa senaman yoga, titah Raja Nazrin

RAJA Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah menitahkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mempertimbangkan secara terperinci mengenai aktiviti senaman yoga di negeri itu.

Raja Dr Nazrin, yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, bertitah sebarang keputusan jawatankuasa fatwa negeri itu kemudiannya hendaklah dibawa kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, sebelum dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Samsul Baharin Hassan di sini hari ini, Raja Dr Nazrin bertitah, lebih teratur jika sesuatu fatwa yang melibatkan orang ramai dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu memandangkan hal ehwal agama Islam berada di bawah bidang kuasa Raja.

Dalam perkembangan yang lain Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata semua perkara berhubung fatwa termasuk mengenai pengharaman senaman yoga itu perlu terlebih dahulu dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk dibincangkan.

Menurutnya PERAK bersedia menerima apa sahaja keputusan yang diperkenankan oleh Sultan Perak berhubung isu pengharaman senaman yoga yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Sabtu lepas.

Katanya selepas dibincangkan dan diteliti oleh jawatankuasa itu ia akan dibawa kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP) dan seterusnya dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk diperkenankan sama ada boleh diterima pakai atau sebaliknya. - Bernama

Anuar Hashim dilantik Setiausaha PAFA yang baru

IPOH, 25 Nov :- Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perak, Anuar Hashim, telah dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Perak (PAFA) yang baru oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam mesyuarat Jawatankuasa PAFA yang pertama kelmarin.

Sementara itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Abdul Rahim Md Arif dilantik dilantik sebagai Bendahari PAFA.

Selain itu, turut dilantik dalam mesyuarat semalam ialah Adun Behrang, Jamaludin Mohd Radzi yang juga merangkap Pengurus Pasukan.

Turut dilantik Ajam Suhot dan Mohd Jamil Zakaria.

Menteri Besar Perak turut mengumumkan M. Karathu sebagai Ketua Jurulatih dan akan dibantu oleh Raja Azlan.

Menang 'free': "Bukan salah saya punca mereka berentap" Kamilia

DATUK Kamilia Ibrahim menafikan tuduhan-tuduhan yang mengatakan beliau menjadi punca pelan peralihan kuasa Wanita Umno yang dijadualkan Jun ini tergendala.

Ketua Umno Kuala Kangsar itu berkata, terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan pelan peralihan yang diusulkan oleh ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz itu tidak berlaku seperti yang dirancang.

"Walaupun ada orang berkata begitu, saya bukan satu-satunya sebab itu. Ada banyak isu lain yang terlibat," katanya kepada The Star semalam.

Kamilia yang hampir pasti menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Wanita pada pemilihan Mac ini berikutan keputusan penyandang jawatan itu, Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk mencabar Rafidah bagi jawatan ketua akan menjelaskan kedudukannya pada masa yang yang sesuai.

Rafidah menerima 118 pencalonan sementara Shahrizat dengan 72 pencalonan bagi jawatan nombor satu pergerakan itu.

Bagi jawatan nombor dua, Shahrizat menerima 102 pencalonan sementara Kamilia dengan 56 pencalonan.

Kamilia juga tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang menggambarkan pergerakan itu kini dalam keadaan kucar kacir berikutan keputusan Shahrizat untuk mencabar Rafidah.

"Wanita Umno bukan dalam keadaan kucar-kacir. Ini hanyalah pertandingan. Ia juga berlaku dalam Puteri (Umno) di mana ramai calon bertanding untuk jawatan ketua. Perkara yang sama turut berlaku dalam Pemuda Umno. Malah pertandingan terbesar nanti adalah bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.

"Mengapa pula bila pertandingan berlaku dalam Wanita Umno, kami dikatakan dalam keadaan kucar-kacir?" katanya.

Kamilia bagaimanapun enggan mengulas berhubung isu-isu lain yang sedang berlaku dalam Wanita.

Shahrizat sebelum ini berkata, beliau akan kekal dengan pelan peralihan kuasa Jun ini jika Kamilia tidak mencabarnya untuk jawatan naib ketua.

Rafidah dalam nada yang sama menyalahkan Kamilia kerana menyebabkan pelan tersebut tergendala.

Beliau juga berkata, Kamilia mendapat keuntungan daripada apa yang berlaku kerana kini hampir pasti menang jawatan naib ketua pergerakan itu tanpa bertanding.

"Jika tidak kerana pelan peralihan tersebut, mungkin berlaku pertandingan terbuka. Justeru, mungkin bukan Kamilia yang menang," kata Rafidah. / The Star, Mstar

Nazri tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebas

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini memutuskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung status keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia.

Keputusan itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mendapati kenyataan yang dbuat oleh ahli Parlimen Padang Rengas itu tidak berniat untuk mengelirukan Dewan.

“Saya putuskan sewaktu Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu sebenarnya tidak tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu tidak benar dan beliau tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan Dewan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, beliau berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.

Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.

Bagaimanapun pada 13 November lalu, Nazri membuat pengakuan terbuka melalui media dan mengakui kesilapannya berhubung kenyataannya sebelum ini dan mengakui bahawa sebenarnya kesemua hakim berkenaan dipecat namun tetap menerima bayaran pencen atas permintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu melalui satu surat kepada Ketua Setiausaha Negara tanpa didedahkan.-

www1.mstar.com.my

Penyokong Kerajaan Tidak Puas Hati Jawapan Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Seorang penyokong kerajaan hari ini melahirkan rasa kurang senang dan tidak puas hati terhadap jawapan yang diberikan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Noraini Ahmad pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat yang disifatkan tidak membawa sebarang erti.


Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) merasakan jawapan Noraini itu hanya panjang berjela tetapi tidak dapat memuaskan hati rakyat dan menyelesaikan masalah kesukaran rakyat negara ini mendapat pekerjaan.

"Jawapan panjang tapi tak sampai ke lubuk hati. Negara ini dikatakan syurga bagi warga negara asing mencari nafkah tetapi neraka bagi rakyat kita sendiri, jadi jawapan ini tidak menyelesaikan masalah.

"Sebenarnya kerajaan kita perlu memperjuangkan supaya rakyat negara ini dapat tangga gaji yang munasabah iaitu lebih tinggi daripada miskin tegar dan rakyat negara ini harus diutamakan, kenapa kita mesti utamakan pelabur luar tapi rakyat negara ini sengsara nak mencari pekerjaaan," katanya yang tiba-tiba bangun ketika Noraini sedang menjawab soalan Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit) di sini.

Aaron Ago ingin tahu antara langkah kerajaan bagi mengatasi dakwaan yang sering dilaungkan oleh kesatuan sekerja dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bahawa kerajaan tidak mengambil berat ke atas isu gaji minimum.

Terdahulu ketika menjawab soalan Aaron Ago, Noraini berkata terdapat sepuluh Majlis Penetapan Gaji (MPG) yang telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan 2008 yang memberi perlindungan kepada 1.33 juta pekerja di seluruh negara.

"Antaranya ialah MPG Pengawal Keselamatan Swasta di Semenanjung, Sabah dan Sarawak; MPG Pembantu Klinik Swasta di Semenanjung dan Sabah serta MPG Pekerja Am di Kebun Kecil di Sabah dan Sarawak.

"Kerajaan juga menggalakkan majikan memperkenalkan sistem upah berdasarkan kepada produktiviti supaya dapat menjamin daya saing dan kualiti pekerja," katanya.

-sumber dipetik dari BERNAMA


25 November 2008

Drs. Khalil : Kewajipan umat Islam laksana amar maaruf nahi mungkar


KUALA KANGSAR, 25 Nov.:- Kewajipan setiap umat Islam laksanakan amar makruf nahi mungkar, dan Islam sangat menganjurkan kita berbuat kebaikan dan Allah SWT sangat kasih kepada orang yang berbuat kebaikan, demikian antara kandungan ucapan Pengerusi kelab penyokong Kerajaan Perak yang mewakili Exco Agama, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Seminar Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Peringkat Daerah Kuala Kangsar yang diadakan di sini hari ini.





Beliau menegaskan "solat"merupakan langkah yang terbaik untuk mengurangkan jenayah dalam masyarakat. Sambil memetik ayat Al Quran "sesungguhnya sembahyang dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar", Drs. Khalil menyarankan juga Ketua-ketua kampung yang hadir untuk meningkatkan pengamalan solat dalam kampung masing-masing.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Penguatkuasa Unit Operasi Undang-undang Syariah Negeri Perak, Ust. Azaruddin, Pegawai Tadbir Agama Daerah, Ust. Kamal Izzat , Pegawai penguatkuasa Daerah Kuala kangsar, Ust. Zainuddin, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung dalam Daerah Kuala kangsar.


Kehadiran peserta menurut penganjur memberangsangkan apabila sekitar 100 orang mendaftar dalam program seminar sehari itu.

Dalam ucapan perasmiannya Drs. Khalil juga menyatakan kerajaan negeri sangat berterima kasih dan mengalu-alukan program seminar yang dianjurkan untuk memahamkan Ketua-ketua Kampung dalam mencegah perbuatan mungkar di kampung masing-masing sesuai dengan peraturan yang ada.

Katanya sambil berseloroh " Kalau ada yang buat maksiat tangkap dahulu dan selepas itu pegawai penguatkuasa agama tangkap sekali lagi".

ADUN Titi Serong itu juga menyatakan Kerajaan Negeri akan berusaha melihat kekurangan dalam usaha penguatkuasaan seperti jumlah penguatkuasa dan sebagai, sekira perlu tambah kita akan menambah jumlahnya.

24 November 2008

Isu babi: Media harian ketandusan isu

MACHANG, 23 Nov : - Nampaknya media harian benar-benar ketandusan isu untuk memperlekeh kerajaan Pakatan Rakyat sehingga terpaksa menjadikan cadangan menternak babi di Kedah sebagai polemik.

Sedangkan keputusan untuk menternak babi dibuat kerajaan Barisan Nasional yang diteruskan kerajaan yang ada sekarang.

Bekas anggota Exco kerajaan Kelantan, Dato' Hassan Mohamad berkata, cadangan membuka sebuah ladang menternak babi secara moden di Kedah tidak patut dijadikan isu kerana ia menjadi makanan orang bukan Islam.

Katanya, babi merupakan makanan bagi orang bukan Islam dan tidak ada sebab kerajaan mahu menyekat mereka untuk menternak babi secara lebih terkawal.?

"Lagi pun ia akan diternak secara moden dengan pengurusan yang kemas tanpa melibatkan pecemaran alam sekitar. Islam hanya melarang umat Islam sahaja memakannya tetapi orang bukan Islam?boleh,"? katanya pada ceramah Isu-Isu Semasa di Dewan Majlis Daerah Machang malam tadi.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak memaklumkan kerajaan negeri terbabit telah meluluskan satu kawasan kepada sebuah syarikat swasta ?untuk dijadikan ladang menternak babi secara moden.

Menurut Hassan yang juga Yang Dipertua PAS Machang langkah itu diambil kerajaan Kedah bagi memusatkan ladang perternakan di satu kawasan sahaja berbanding sekarang berselerak.

"Ekoran pengumuman tersebut, media arus perdana telah memperbesarkan isu berkenaan dengan?tujuan untuk memburukkan kerajaan Kedah yang dipimpin PAS," ujarnya.

Oleh itu kata beliau langkah kerajaan Kedah sepatutnya disokong kerana ia dapat menempatkan penternakan babi di satu tempat sahaja dan dikendalikan tanpa melibatkan percemaran alam sekitar.

Turut hadir di majlis itu anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan Senator Mumtaz Mohd Nawi.

harakahdaily.

China Tingkatkan Pembinaan Infrastruktur untuk Merangsang Pertumbuhan Ekonomi.

Demi menangani kesan krisis kewangan antarabangsa terhadap China dan mencegah kelembapan ekonominya, kerajaan China baru-baru ini telah mengeluarkan 10 pasal langkah brkait dengan meningkatkan permintaan dalam negeri dan merangsang pertumbuhan ekonomi. Karajaan China akan memperuntukkan 4 ribu billion yuan RMB terhadap pembinaan infrastruktur termasuk pembinaan infrastruktur bagi tempoh dua tahun yang akan datang.

Kementerian Kewangan China akan melabur 100 bilion yuan RMB sebagai langkah pertama yang akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini. Daripada jumlah tersebut sebahagian akan dilaburkan bagi pembinaan infrastruktur, iaitu 34 bilion yuan RMB akan diperuntukkan kepada projek pembinaan infrastruktur di desa. 25 bilion yuan RMB bagi pembinaan infrastruktur pengangkutan, seperti landasan jalan raya dan lapangan terbang, dan 10 bilion yuan RMB bagi projek pembinaan perumahan penduduk. Menteri Perumahan, Pembinaan Bandar dan Luar Bandar China, Jiang Weixin menyatakan bahawa kerajaan pusat tahun ini akan meningkatkan peruntukan bagi projek pembinaan rumah sewa murah kepada keluarga yang miskin di kawasan tengah dan barat China. Di samping itu, kerajaan juga meningkatkan jumlah pembinaan rumah yang berharga murah supaya peruntukan tersebut dapat digunakan dengan baik.

Jurucakap Kementerian Kereta Api China, Wang Yongping menyatakan bahawa peruntukan bagi pembinaan landasan kereta api yang berjumlah 15 bilion yuan RMB akan disediakan pada akhir bulan November tahun ini. Pada masa yang sama, rancangan pelaburan untuk pembinaan landasan kereta api yang berjumlah 600 bilion yuan RMB akan disediakan pada tahun 2009. Beliau menyatakan bahawa pembinaan landasan kereta api secara besar-besaran akan membawa kesan yang positif dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi China.

Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Encik Mu Hong menyatakan bahawa Selain peruntukan daripada kerajaan pusat, peruntukan yang besar diperlukan daripada kerajaan tempatan. Untuk menyelesaikan masalah kekurangan modal tempatan sekarang ini, kami akan mengambil dua tindakan, iaitu pertama, berdasarkan keadaan semasa, kadar peruntukan kerajaan pusat akan ditingkatkan atau dikurangkan, atau pun modal tempatan dikecualikan. Dan kedua, kerajaan pusat akan mengizinkan kerajaan tempatan melakukan peralihan pinjaman atau pengumpulan modal.

radioantarabangsa.

Adil

’‘Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu” (QS. An-Nisaa‘: 135).

Kadangkala manusia lebih mementingkan perintah manusia berbanding perintah Allah. Contohnya, banyak manusia yang tidak mahu berlaku adil terhadap orang lain dan terhadap diri sendiri, ramai orang yang berani melakukan jenayah dengan apa saja, baik dengan harta benda atau kekuasaannya, sehingga dengan sendirinya mengabaikan perintah Allah.

Ramai orang yang lebih mementingkan wang sogokan rasuah berbanding mempertahankan imannya kepada Allah. Padahal, wang satu atau dua ribu ringgit amat sedikit nilainya kerana hanya mampu mempertahankan hidup seseorang dalam beberapa waktu saja. Namun ketika melakukan maksiat, berarti menghancurkan bekal yang amat tinggi nilainya, kerana iman boleh membantu pemiliknya bukan sahaja didunia malah sampai ke akhirat kelak.

Yang lebih dasyat lagi, ketika maksiat dilakukan, ada pihak lain yang teraniaya. Iaitu orang yang seharusnya lebih berhak menang dalam perkara tertentu. Dalam keadaan demikian, pelaku maksiat juga akan berhadapan dengan dosa penganiayaan atau kezaliman.

Itulah manusia, makhluk pelupa yang seringkali pula berpura-pura lupa. Bila yang kena orang lain, hukum ditegakkan dengan adil, namun bila mengenai diri sendiri, kerabat atau kawannya, hukum diabaikan. Namun demikian, kita berharap agar masih adan manusia yang tetap berlaku adil di dunia ini.

Kerajaan Perak terbit 'Fakta', tangani propaganda Umno-BN

IPOH, 23 Nov : - Kerajaan Pakatan Rakyat Perak terpaksa menubuhkan pasukan Urus Setia Penerangan sendiri untuk bertindak segera menangkis segala tohmahan serta manipulasi berita oleh Umno-BN ketika ini.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengakui bahawa kerajaannya sekarang sejak ditubuhkan sembilan bulan lalu hingga ke hari ini sering diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan dan propaganda jahat Umno-BN.

Menurutnya, disebabkan Jabatan Penerangan sedia ada tidak dipercayai langsung, maka terpaksalah kerajaan negeri ketika ini menubuhkan unit Penerangan khas untuk memerangi perbuatan umno/BN yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan kerajaan negeri.

"Maka hari ini dengan tugas sulung unit tersebut telah menerbitkan buletin Edisi Khas FAKTA mempunyai empat muka surat untuk menangkis berita-berita dan isu-isu terkini seperti 'MB rampas kamera', 'Wartawan media arus perdana putar belitkan fakta Cukai Pintu MBI' dan fitnah oleh umno-BN tentang Perjanjian Pangkor 11 itu, dapat dipatahkan,"jelas Muhammad Nizar semasa berucap merasmikan majlis Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini semalam.

Tegasnya, Kerajaan Perak mulai dari sekarang akan menggunakan FAKTA untuk membalas balik propaganda dari umno-BN.

"Jika terdapat isu-isu panas memburukkan Kerajaan ianya diterbitkan segera sebagai 'balas balik' untuk rakyat membaca dan mengetahui kedudukan sebenarnya.

"Ianya diberi percuma dan dicetak sebanyak 30,000 naskah setiap keluaran,"katanya.

Disamping itu juga, katanya, Citra Perak buletin bulanan Kerajaan Negeri tetap diedarkan percuma.

Sementara itu, Nizar berharap kepada peserta yang hadir dalam majlis tersebut bersikap positif kerana merekalah sebagai benteng jurucakap kerajaan Pakatan Rakyat untuk mematahkan berita-berita dan isu karut marut dari media dan perbuatan jahat umno-BN itu.

"Semoga kita kuat memberikan tentangan hebat dengan mengalahkan musuh-musuh yang tidak nampak berada di dalam selimut kita dan dari media, TV dan radio masuk meracuni fikiran rakyat ke rumah-rumah itu,"tegas Nizar di hadapan lebih 200 orang yang terdiri daripada penulis blog Perak, pegawai-pegawai serta Lajnah Penerangan Parti Pakatan Rakyat.

harakahdaily.net

Umno tidak relevan, Najib tidak mampu - Mahathir

KUALA LUMPUR, 23 Nov :- Budaya mahukan jawatan, amalan rasuah dan politik wang menjadikan Umno tidak relevan lagi.

Demikian penegasan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam majlis wacana 'Dilema Melayu' anjuran Gapena semalam.

Menurut Tun Mahathir, seandainya Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, masalah rasuah tidak akan dapat diatasi kerana telah menjadi satu budaya dalam Umno.

Beliau turut mempersoalkan sama ada peralihan kuasa yang dicadangkan antara Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib mampu untuk memulihkan semula parti.

"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang.

"Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung," jelasnya sambil mengakui ia telah menjadi satu budaya dalam Umno.

Katanya, apabila ia sukar dibendung dan dikawal maka ia secara tidak langsung akan menyebabkan Umno akan menjadi parti yang tidak relevan lagi pada perjuangan orang-orang Melayu.

Tambahnya, amalan kepimpinan melalui teladan adalah contoh yang terbaik di samping usaha berterusan membanteras rasuah yang makin kronik ketika ini.

Beliau juga menyarankan agar pemimpin yang terajui parti perlu tegas dan ambil langkah serta tindakan yang tegas terhadap individu yang terlibat dengan rasuah.

Katanya lagi, seandainya ada pemimpin sendiri yang terlibat dengan rasuah, maka janganlah memilih pemimpin berkenaan sambil merujuk kepada pemilihan Umno yang akan diadakan pada tahun hadapan.

"Kita mahukan pimpinan yang tegas dan mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat. Untuk ahli, kalau pemimpin itu terlibat dengan rasuah, jangan pilih dia.

"Kita tak boleh harap pembaharuan boleh dilakukan dalam Umno dan mereka harus ingat, kalau orang tidak memberi undi mereka tidak boleh menang atau sekiranya mereka menang dalam pemilihan parti, tak semestinya mereka akan menang pilihan raya," katanya.

Dalam sidang media selepas majlis berkenaan, Tun Mahathir mengingatkan agar pemimpin yang dipilih perlulah berdasarkan kepada kebolehannya dan bukan atas faktor kewangan.

harakahdaily.

23 November 2008

Drs. Khalil : Niat Ikhlas dalam melaksanakan tugas seharian.

KUALA KANGSAR, 22 Nov. :- Sebagai seorang Islam kita wajib meletakkan niat ikhlas dan mencari pahala sebagai ibadah dalam melaksanakan tugas seharian yang diamanahkan. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong , Khalil Idham Lim dalam program Taklimat dan Dailog bersama JKKK Wanita bagi kampung dalam DUN Bukit Chandan yang diadkan disini hari ini.

Program tersebut adalahg anjuran Sekretariat DUN Bukit Chandan dibawah Biro Wanitanya. Untuk pertama kalinya program tersebut berjama mengumpul seramai 30 orang JKKK Wanita dalam DUN Bukit Chjanda.

Drs. Khalil menyampaikan ucapan.

Turut hadir dalam program sepetang itu ialah Penyelia Sekretariat DUN Bukit Chandan, Hj. Ibrahim bi8n Muhammad, Ketua Biro Wanitanya, YM Raja Nurizaliah dan Penyelia Sekretariat DUN Manong, Hj. Mokhtar b. Abdul Mutalib.

Sesi dailog menjawa beberapa persoalan penting.


Tujuan Program tersebut diadakan ialan untuk memberi penjelasan tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan bidang tugas Biro Wanita JKKK yang telah dilantik.

Diakhir program telah diadakan sesi dailog yang memberi peluang kepada peserta program bertanya mengenai pelbagai persoalan yang tewlah dijawab oleh Drs. Khalil antaranya soalan mengenai penyaluran dana bantuan kepada fakir miskin yang telah diluluskan dalan sidang Bajet 2009 yang lepas

Tak Lantik Exco Agama, Serah Pada Parti

Khalil Idham Lim Abdull
ah yang mengekalkan nama keturunan keluarganya 'LIM' pada hujung nama anak-anaknya merupakan Ketua Penyokong Kerajaan Dewan Undangan Negeri(Dun) Perak. Walaupun sukar dihubungi melalui email, sms dan telefon beliau akhirnya kecundang juga apabila diterjah oleh wartawan NYZA AYOB dengan '5 soalan panas'.

1.Anda berbangsa Cina dan beristeri Melayu. Tetapi masih mengekalkan tradisi nama keluarga cina pada hujung nama anak-anak anda. Ada nama 'LIM'. Tidakkah ia ditentang keluarga isteri anda?

Tentang nama Lim di belakang nama anak saya itu, sejak daripada kelahiran lagi, saya menyatakan kepada pihak hospital bahawa anak saya keturunan Cina. Dan saya juga ingin pastikan anak saya itu tahu dia daripada keturunan Cina.

Sebab itu saya letak Lim di belakang nama mereka. Kalangan ahli keluarga tidak menentang tindakan saya itu dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Di sekolah, kawan-kawan anak saya memanggil mereka dengan panggilan Lim.

Sejak kecil lagi, saya memberitahu anak-anak bahawa mereka adalah keturunan Cina tetapi Cina Islam. Masyarakat juga sudah memahami. Rakan saya yang bukan Islam juga memuji langkah yang saya lakukan ini kerana tindakan saya ini memuliakan keturunan nenek moyang. Nama Lim adalah keturunan Cina yang agak terkenal yang datang ke Malaysia. Di China, keluarga Lim ini adalah keturunan yang terbesar dalam etnik cina.

2.Mengapa anda tidak terpilih menjadi Exco Agama Kerajaan Perak, sedangkan anda ada kelayakan agama. Adakah anda berpuas hati hanya menjadi Ketua Penyokong Kerajaan DUn Perak?

Kita sebagai parti Islam, bermula daripada menjadi calon hinggalah jawatan yang dipegang dalam kerajaan, saya serahkan semuanya kepada parti. Parti yang menentukan dan tidak ada masalah di pihak saya.

Dan pemilihan saya sebagai Pengerusi BBC pun saya anggap sebagai ia sebagai suatu yang amat istimewa kepada parti kita. Secara kebetulan juga Menteri Besar daripada PAS dan Pengerusi BBC daripada PAS.

Saya mempunyai peranan yang perlu dibuat sebagai Pengerusi BBC kepada tiga parti. Bukan maksud saya berpuas hati tetapi saya perlu melaksanakan amanah yang diberikan. Jadi saya menyerahkan semuanya kepada parti. Dan saya tidak menentukan berdasarkan apa yang saya hendak.

3. Sebelum jadi Yang Berhormat di Dun Titi Serong, anda ada menjalankan bisnes di negara China. Adakah bisnes itu masih berjalan atau anda makin "ligat" merebut peluang dari kerajaan negeri?

Dalam Soal bisnes, disebabkan saya tidak dilantik sebagai Exco dan saya seorang Adun yang tidak terlibat dengan Exco kerajaan negeri, maka dia boleh lagi terlibat dalam perniagaan. sejak saya menjadi Adun, saya belum lagi memulakan bisnes di China.

Saya merasakan peluang yang saya boleh didapati di negeri China banyak boleh diusahakan dalam bidang bisnes, kemungkinan besar saya akan mulakan kembali jika tidak menganggu tugas-tugas saya sebagai wakil rakyat. Tetapi jika saya rasakan bidang bisnes ini menganggu tugas-tugas saya sebagai wakil rakyat, baik saya tumpukan kepada rakyat.

4. Pada Pandangan anda, adakah anda lihat selesa PAS Perak yang mempunyai minoriti mengetuai kerajaan negeri, kemudian dituduh sebagai'boneka' kepada DAP?

Bukan kata selesa, tetapi kita kena menerima satu hakikat bahawa senario politik yang berlaku di Perak menunjukkan kedudukan parti kita enam kerusi yang telah diberikan amanah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Perak, yang mana menerima perlantikan PAS sebagai Menteri Besar.

Dan itu, menafikan kita sebagai boneka. Duli Yang Maha Mulia Tuanku memerima seseorang wakil daripada parti Pakatan Rakyat, dan saya rasa tidak wajar menuduh kita sebagai boneka kerana kita mewakili Pakatan Rakyat dan bukan mewakili PAS. Saya sangat berprinsip sebagaimana Menteri Besar di mana beliau bukan wakil rakyat bagi PAS tetapi wakil rakyat bagi rakyat negeri Perak. Kami sering memberitahu kepada rakyat bahawa kami adalah mewakili rakyat.

Soal boneka ini sering diapi-api oleh pihak pembangkang. Dan sehingga saat ini dan Dun yang lepas, isu ini tidak diterima oleh rakyat. Ia satu isu yang lapuk.

5. Kalau anda berpeluang bertemu Presiden Iran, Ahmaded Nijad, apa yang anda akan perkatakan kepada beliau tentang program nuklearnya dan apa yang akan anda syorkan untuk beliau hadapi Barrack Obama?

Program nuklear yang dinyatakan oleh Iran, saya ingat bukan persaingan senjata yang diuarkan oleh Obama. Saya berpendapat, Bush hanya menjadikan isu ini sebagai isu untuk menekan Iran yang mana ada yang terpaksa diimbangi oleh Amerika.

Nampaknya isu nuklear yang dianggap Amerika itu suatu isu yang cuba dimainkan oleh Bush. Sedangkan nuklear yang dibangunkan oleh Iran, termasuk kenyataan oleh Presidennnya adalah jelas untuk tenaga bukan untuk senjata. Jika saya bertemu dengan beliau, saya mesti nyatakan itulah prinsip yang perlu dijelaskan kepada Obama.

Cubaan Kedua Bentuk Kerajaan Katak

Isu 16 September, tarikh di mana Pakatan Rakyat akan ambil alih kerajaan Pusat akhirnya lenyap begitu sahaja. Ia tidak dibincangkan lagi walaupun tarikh baru dikemukakan. Nilai sensasi untuk satu-satu isu biasanya hanya sekali.

Di Kedah, usaha menumbangkan kerajaan melalui proses tidak demokratik masih diperkatakan.Dalam percubaan yang dulu mereka gagal. Usaha untuk menumbangkan kerajaan sewaktu Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak berada di Makkah tidak jadi kenyataan.

Percubaan kedua kali ini lebih nekad dan dramatik. Beberapa Adun daripada Pakatan Rakyat dikatakan diberi tawaran jutaan ringgit seorang jika bersedia melompat parti. Pertemuan demi pertemuan yang diadakan antara seorang bekas Menteri Besar dengan Adun yang cuba dibeli.

Semuanya itu dalam rekod skuad penyiasat khas yang ditubuhkan oleh pihak tertentu. Yang lebih menarik, sebahagian besar butiran perbualan mereka, turut dirakam. Mereka licik, lawan pun licik.

Jadi khabar angin tersebar kencang di seluruh negeri kononnya empat Adun cuba dibeli ada asasnya. Ia benar-benar berlaku, bukan cubaan. Sama ada tawaran diterima atau tidak, itu persoalan lain.

Di pihak BN, Kabinet bayangan kerajaan negeri sudah tersebar. Nama pegawai-pegawai khas yang akan menduduki pejabat menteri Besar sudah tersenarai. Senarai tersebut telah menimbulkan pertikaian di kalangan anggota Umno tertentu negeri ini. Antaranya dikatakan pengkhianat Umno, iaitu individu yang menjalankan sabotaj terhadap calon BN dalam pilihan raya umum lalu.

Pengurus Bola Sepak Hijau Kuning, Othman Aziz hanya meletakkan jawatan untuk sehari, kemudian menarik balik peletakan jawatan tersebut. Tindakan bekas Exco BN di bawah kepimpinan Madhir Khalid menguatkan spekulasi peralihan kuasa.

Di kalangan segelintir pegawai kerajaan yang masih setia dengan Madhir Khalid, mereka sudah berkira-kira untuk mendapat tempat yang sewajarnya dalam kerajaan baru.

Begitulah permainan gerak saraf berprofail tinggi yang berjaya menggegarkan situasi politik negeri ini. Apa yang dirancang belum tentu berlaku namun perebutan di antara mereka sudah bermula. Macam kisah lanun berebut harta karun. harta karun belum ditemui, tapi lanun sudah berbunuh-bunuhan.

Di kalangan Adun yang cuba dibeli, semuanya menafi akan melompat. Bagi mereka menjual maruah adalah kerja yang sangat hina, umpama pelacur.

Takut nanti terima duit RM10 juta, tak sempat pula nak belanja, ujar seorang Adun.Begitu dalam maksud kata-katanya.

Siapa pun benci rakan yang belot.Mampukah kita hidup dalam kebencian orang lain?Tiada guna duit banyak, tapi hidup dalam ketakutan.

Saya tak mahu jadi Joe Farnandez, tambah Adun tersebut. Joe Farnandez adalah Adun Lunas yang mati ditembak. Politik Malaysia tidak ganas sampai ke tahap itu.

Habis,Joe Farnandez bukan ditembak di Malaysia ke?Pemimpin Pemuda MCA Padang Serai bukan ditembak di Malaysia ke?Hujah Adun tersebut.

Saya masih tidak yakin bahawa politik Malaysia akan memasuki fasa lebih ganas seperti itu. Namun, saya yakin bahawa tidak ada ahli politik yang bersikap hubbun dunya(mencintai dunia) yakin akan keselamatan dirinya setelah mengkhianati mandat, sehingga peringkat tumbangnya sebuah kerajaan. Memang logiklah, orang yang cinta dunia tentu takut pada mati.

Bagi pihak pembangkang Dun Kedah, mereka perlu mendapatkan lima kerusi daripada Pakatan Rakyat (PR) untukj memperolehi majoriti satu kerusi. Mereka tidak berupaya mendapatkan 16 kerusi PAS dan satu DAP.

Mereka betul-betul mengharapkan lima kerusi KeADILan di mana tiga darinya adalah kerusi Exco. Dua dari lima Adun KeADILan adalah orang yang jelas berprinsip dan boleh dipercayai manakala tiga yang lain menafi dengan sekeras-kerasnya akan melompat.

Tegasnya tiada Adun Pakatan Rakyat yang akan melompat ke BN. Ia menjadikan usaha menumbangkan kerajaan PR bagi menubuhkan sebuah Kerajaan katak adalah misi yang karut.

Bagi memulihkan semangat penyokong BN yang telah meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap pembentukan kerajaan katak pemimpin utama mereka menjelaskan:Kita sedang menunggu masa yang sesuai untuk membentuk kerajaan, beberapa Adun PR sudah sign untuk bersama kita.Ayat yang biasa kita dengar menjelang 16 September dulu.-sumber Harakah

Kesan dasar pembaharuan dan pintu terbuka China 30 tahun

Sejak mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka 30 tahun yang lalu hingga ke hari ini, China telah mencapai kemajuan yang besar dalam bidang hubungan luar. Imej dasar luar China telah meingkat dari "dunia ke-3" ke "dunia yang harmoni".

Ketika baru kembali ke pangkuan PBB, China tidak berani bersuara dalam arena antarabangsa dan selalu tidak menggunakan haknya untuk membuang undi dalam hal ehwal antarabangsa. Pada masa itu, dunia sedang mengalami Perang Dingin, dan China hanya berminat menjalinkan hubungan dengan negara-negara Sosialis serta negara di Asia dan Afrika, tetapi jarang menyertai hal ehwal antarabangsa.

Pada tahun 1978, China mula mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Hubungan antara China dengan masyarakat antarabangsa kian erat. China semakin memerlukan kerjasama dengan dunia, dan dunia juga kian memerlukan kerjasama dengan China.

Mendiang Arkitek China, Deng Xiaoping telah menjadikan kedamaian dan pembangunan sebagai asas dasar luar China. Profesor dari Institut Hubungan Luar China, Wang Fan berkata: "Dasar pembaharuan dan pintu terbuka telah menjadikan kedamaian dan pembangunan menggantikan perang dan revolusi. China berusaha menyediakan iklim yang mengutamakan kedamaian dan pembangunan. Dasar luar China adalah berkhidmat untuk pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. China menjadi anggota yang kian penting dalam arena antarabangsa. Masa depan China berkait kian rapat dengan masa depan dunia. Hubungan luar China telah memasuki era baru

Pada bulan Januari 1979, China telah menjalin hubungan diplomatik dengan A.S., iaitu negara Kapitalisme yang terbesar di dunia. Pada akhir abad yang lalu, China telah mengambil kembali Hong Kong dan Makau dengan menggunakan dasar "satu negara, dua sistem". Kejayaan tersebut memperlihatkan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin China. Pada tahun 1990-an, China dan Rusia telah bersama-sama mendorong penubuhan Pertubuhan Kerjasama Shanghai. Selain itu, China menyertai rundingan 6 pihak secara aktif untuk menyelesaikan masalah nuklear Semenanjung Korea. China, kini, memainkan peranan yang kian penting dalam hal ehwal antarabangsa.

Hubungan luar China semakin mantap dan realistik, kewibawaan dan pengaruhnya kian meingkat di arena antarabangsa.

China menjalinkan hubungan kerjasama dengan semua negara di dunia berdasarkan prinsip sama rata dan 5 prinsip hidup bersama secara damai.

Hubungan luar bukan hanya dikendalikan oleh ahli politik dan diplomat, malah menjadikan kewajipan bersama bagi semua masyarkat sehingga antara China dengan negara-negara asing dalam bidang ekonomi, ketenteraan, rakyat dan parti juga kian meningkat.

Selain hubungan dua hala, China juga berusaha mewujudkan sistem hubungan pelbagai hala, dan mejadikan hubungan tersebut sebagai mekanisme seperti mekanisme Dialog Strategi China-A.S., dialog China-ASEAN dan Persidangan Asia-Eropah.

Setelah memasuki abad ke-21, hubungan luar China menjadi lebih dinamik. Profesor Wang Fan berkata, "China lebih mementingkan prestij dalam hal ehwal antarabangsa yang penting. China mendapat nama baik dalam pelbagai komunikasi, pertukaran dan rundingan. Sukan Olimpik Beijing yang amat berjaya telah memainkan peranan penting untuk memperkenalkan kebudayaan, kejayaan dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta imej kedamaian China kepada seluruh dunia.

22 November 2008

Harga minyak menjunam bawah AS$50 setong

NEW YORK: Harga minyak mentah di pasaran dunia menjunam ke paras bawah AS$50 setong, sekali gus menyaksikan kemelesetan ekonomi dunia semakin meruncing.

Kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi, “Light. Sweet’ bagi penghantaran Disember menurun AS$4 kepada AS$49.62 setong dalam dagangan elektronik New York Mercantile Exchange (Nymex) di Asia, petang semalam.

Ketika dagangan ditutup, penghantar kontrak Disember ditutup kepada AS$48.64 setong, paras sama pada Mei 2005.

Kontrok penghantaran tidak pernah di paras bawah AS$50 setong sejak 18 Januari 2007.

Kontrak New York turut memberi kepada pasaran minyak Brent North Sea untuk Januari di London.

Brent menjunam ke paras terendah AS$47.82 seting, turun AS$3.64 sebelum ditutup AS$48.08 setong.

Penganalisis berkata sentimen penurunan minyak mentah itu dipengaruhi dengan laporan mengenai tahap pengangguran di Amerika, pasaran terbesar dunia bagi bahan api. - AFP

Shahrizat sah cabar Rafidah

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan ketua Wanita Umno.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan petang ini.

Menurutnya, beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan ketua Wanita Mac depan.

Shahrizat merupakan naib ketua Wanita dan penasihat hal ehwal pembangunan wanita dan sosial kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau akan berdepan dengan Tan Sri Rafidah Aziz, tokoh ketua Wanita yang paling lama berkhidmat selama 21 tahun, sekiranya ahli parlimen Kuala Kangsar itu tetap mahu mempertahankan jawatan tersebut.

Pengumuman Shahrizat itu menjawab teka-teki selama ini sama ada beliau akan menerima pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut.

Peralihan kuasa

Ini berikutan desakan supaya Rafidah supaya mempercepatkan peralihan kuasa dari Jun kepada Mac depan.

Bagaimanapun, mesyuarat exco Wanita baru-baru ini memutuskan supaya pelan peralihan kuasa kekal pada Jun tahun depan dan tiada pertandingan bagi jawatan ketua dan naib ketua.

Bagaimanapun seorang lagi calon yang layak bertanding jawatan naib ketua, Datuk Kamilia Ibrahim bertegas akan tetap bertanding jawatan tersebut.

Kamilia mendapat 55 pencalonan dan layak bertanding jawatan naib ketua.

Ekoran itu, timbul desas-desus yang mengatakan Shahrizat tiada pilihan kecuali bertanding menentang Rafidah bagi jawatan ketua Wanita.

Dalam kenyataan dua perenggan itu, Shahrizat menegaskan bahawa Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan.

Sokongan padu

Dengan itu, Kamilia dijangka menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua.

Selepas 191 bahagian selesai mesyuarat awal bulan ini, Shahrizat memperolehi cukup pencalonan untuk bertanding jawatan ketua.

Penyandang jawatan tersebut Rafidah memperolehi 117 pencalonan, manakala Shahrizat mendapat 73 pencalonan.

Malah, sebahagian bahagian yang mencalonkan Rafidah pun kini beralih sokongan kepada Shahrizat.

Menurut exco pergerakan itu, Raja Ropiah Raja Abdullah, lebih 100 bahagian menyokong Shahrizat bertanding jawatan ketua Wanita Umno Mac ini.

Katanya, sekurang-kurangnya lima negeri memberi sokongan penuh kepada Shahrizat untuk mencabar penyandang Rafidah.

malaysiakini.

Gelanggang tinju Wanita UMNO bermula

Pengumuman Shahrizat itu menjawab teka-teki selama ini sama ada beliau akan menerima pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut.Keputusan ini pastinya membuka satu gelanggang tinju yang amat dasyat di kalangan dua tokoh wanita UMNO ini.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan yang dia sah akan bertanding jawatan ketua Wanita Umno. Beliau mengumumkan demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan petang ini.

Menurutnya, beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan ketua Wanita Mac depan. Beliau akan berdepan dengan Tan Sri Rafidah Aziz, tokoh ketua Wanita yang paling lama berkhidmat selama 21 tahun, sekiranya ahli parlimen Kuala Kangsar itu tetap mahu mempertahankan jawatan tersebut.

Sementara itu, Rafidah ketika diminta mengulas tentang keputusan Shahrizat itu memberitahu bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan esok.


“Kenyataan saya esok,” katanya menerusi jawapan SMS yang dikirim kepada mStar Online, sebentar tadi.


Keputusan beliau itu sekaligus melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Rafidah untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan.


Dengan keputusan itu juga bermakna Shahrizat akan memberi laluan kepada satu-satunya saingan beliau bagi jawatan Naib Ketua iaitu Datuk Kamilia Ibrahim untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan akan datang.


Kamilia tidak hadir pada mesyuarat itu sebagai tanda beliau tidak menyetujui pelan berkenaan.


Nampaknya keputusan yang dibuat oleh Shahrizat itu bakal menjadi satu tamparan hebat buat Rafidah Aziz. Beliau yang masih mengintai jawatan Ketua Wanita UMNO dan hanya akan melepaskan jawatan menerusi pelan peralihan itu bakal ditentang oleh kroninya sendiri. Inilah politik namanya, kawan menjadi lawan.


Apakah Rafidah akan menangis lagi mengeluarkan air mata seperti ketika Mahathir umumkan perletakkan jawatannya dulu. Namun, kini terbukti Rafidah harus terima hakikat bahawa zamannya sudah berakhir. Beliau sepatutnya mengundur diri dan memberi kemenangan percuma kepada Shahrizat.


Bayangkan jika beliau masih menang, apakah jawatan itu akan dikosongkan? Atau beliau akan terus bertakhta dan kembali ke kabinet zaman Najib Razak nanti?. Inilah agaknya yang ditunggu, kerana beliau tahu Mahathir sudah pasti akan menariknya ke dalam jika Najib berkuasa nanti.-sumber SabahDaily(TranungKite)