30 April 2009

Dato R.Ganesan (MIC) Calon Speaker Perak

BN telah menamakan Dato R.Ganesan, bekas ADUN Sungkai sebagai calon Speaker Perak menggantikan V.Sivakumar. Usul ini diserahkan di Pejabat Setiausaha Dewan Negeri pada pagi ini. Usul yang bertarikh 29 April 2009 ini dicadangkan oleh Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan disokong oleh Dato Hamidah Osman. Surat persetujuan daripada Dato' R. Ganesan untuk dipilih sebagai Speaker Perak juga disertakan bersama-sama usul ini.

Perlulah diingatkan boleh atau tidak usul ini dikemukakan dalam persidangan penuh bersejarah itu bergantung kepada Speaker DUN Perak yang masih sah , V. Sivakumar samaada menerima atau menolak usul ini.

Pembaca boleh fikirkan sendiri jawapannya ?

Ceramah Bubarkan DUN Perak, ribuan penyokong PR pelbagai kaum hadir


KAMPAR : Kita tidak mahu UMNO kerana mereka mengamalkan diskriminasi kepada rakyat. Sebab itu kita mahukan Pakatan Rakyat yang tidak mengamalkan diskriminasi. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam ceramah di sini.

Ceramah penerangan yang diadakan di Dewan Tokong Cina Mambang Diawan menampilkan penceramah laian iaitu, Exco Kerajaan Negeri pakatan Rakyat Perak, Nga Kor Ming dan Chen Fock Chai, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Malim Nawar, Khesvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai.



DS. Nizar menjelaskan terdapat beberapa faktor dan fakta yang bercanggah sehingga Mahkamah Persekutuan telah memutuskan masalah kemelut siapakah Menteri Besar diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Malah kata beliau "Mahkamah tidak ada hak menentukan siapa kerajaan yang sebenar, kerana rakyat adalah yang paling berhak menentukan siapakah kerajaan yang sah".

"Saya berterima kasih kepada saudara yang memberi sokongan termasuk dengan dengan sms dan Email" katanya.



Disamping itu beliau mengupas perkembangan Sidang DUN dengan katanya "7 Mei adalah tarikh yang mengerikan kerana hari itu akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga sama sekali, kami akan bermesyuarat esok untuk menyusun strategi. Kami akah hadir mengikut bidang tugas yang ada pada speaker."

DS. Nizar menyifatkan " kemenangan di Bukit Gantang adalah kemenangan rakyat sebab itu Najib cukup takut. Sekarang UMNO takut kepada PRK kerana rakyat akan hukum mereka dan rakyat akan mengatakan kamu zalim dan aniaya negeri perak." mengakhiri ucapan penuh bersemangat pada malam ini.

Jadilah isteri yang disenangi suami

Ahmad Baei Jaafar

Hayat sesuatu perkahwinan umat Islam pada akhir-akhir ini tidak lama, paling lama boleh bertahan ialah selama lima tahun tetapi yang paling singkat ialah 7 hari. Ketidakserasian dikatakan punca berlakunya perpisahan mereka.

Persoalannya bagaimana perkahwinan itu boleh terjalin kalau tidak serasi. Adakah sebelum berkahwin mereka tidak melihat keserasian itu? Mengapa pula selepas berkahwin baru didapati hubungan mereka tidak serasi?

Barangkali benarlah kata orang tua-tua, “cinta itu buta”. Sewaktu bercinta mereka tidak nampak cacat celanya. Waktu bermadu kasih, semua yang buruk nampak cantik dan indah belaka. Jadi, keserasian tidak dapat dikesan kerana manusia dikatakan boleh berlakon melindungi watak sebenar.

Walau bagaimanapun hujah keserasian itu tidak begitu kuat untuk diterima kerana keserasian boleh datang selepas berkahwin. Jadi, punca sebenarnya ialah pasangan itu tidak pandai membina keserasian. Suami dan isteri gagal memahami hak dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam ruangan yang terbatas ini saya ingin membawa pembaca untuk menghayati sebuah hadis iaitu Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al-Imam Bazzar).

Menurut hadis di atas, dua perkara yang sering diabaikan oleh isteri ialah; mentaati suami dan mengakui hak suami. Lazimnya selepas pasangan pengantin diijabkabulkan mereka enjoy dengan kebebasan yang mereka peroleh. Mereka terlupa untuk mengenali secara lebih mendalam isi hati masing-masing atas alasan sudah kenal lama.

Sebenarnya alam perkenalan, bertunang dan alam rumah tangga tidak sama perjalanan hidupnya. Kalau sekiranya selepas berkahwin, gaya hidupnya sama seperti zaman perkenalan sudah tentu akan berlaku kompleks yang tidak kesudahan. Apa tidaknya, tanggungjawab tidak diberi perhatian, hak suami isteri tidak dijaga, dan pantang larang hidup berkeluarga sering dilanggar.

Pada waktu itu kesalahan suami isteri, boleh dimaafkan dengan cara baik kerana darah masih panas dan manis. Tetapi jika setelah tiga bulan kesalahan sama terus diulangi, tentu akan timbul rasa kurang senang hati pasangannya. Ketika itu akan berlakulah pertengkaran kecil.

Inilah realiti masyarakat kita pada hari ini, si isteri tidak tahu meletakkan ketaatan kepada suami kerana dia menganggap dirinya dengan suaminya sama sahaja. Suaminya tidak ada keistimewaan berbanding lelaki lain yang dia kenali.

Boleh jadi suami sejak berkahwin sehingga ke saat itu, tidak pernah menunjukkan kewibawaannya, ilmunya mungkin kurang, agamanya juga kurang, dan pendapatannya juga mungkin kurang daripada isterinya. Bagaimanakah dalam keadaan itu si isteri boleh menghormati suaminya?

Barangkali kalau suami pada hari perkahwinannya telah menunjukkan kewibawaannya sebagai pemimpin, pembimbing, pendidik, tegas, kasih sayang, dan amanah pasti isteri akan taat kepadanya. Biarpun suami tidak ada ilmu sehebat isteri, tetapi dengan kewibawaannya memimpin keluarga, cukup besar ertinya kepada si isteri. Isteri mamang mahu seorang lelaki yang boleh membela hidupnya hingga ke akhirat.

Walau bagaimanapun berdasarkan hadis di atas, isteri yang boleh taat suami dan menjaga hak suami walaupun suaminya tidak berwibawa, walaupun miskin, dan tidak cukup ilmu, wanita inilah yang akan berboleh pahala seperti berjihad di medan perang.

Menyentuh sikap isteri yang tidak mahu mengakui hak suami, ia berpunca daripada kegagalan suami mendidik isteri pada awal perkahwinan. Mungkin dia tidak tahu apakah hak suami yang perlu dijaga. Kalau tidak masakan isteri tidak boleh menghormati suami dan menjaga haknya.

Tanpa didikan itu, seorang isteri mungkin tidak membenarkan suaminya menyentuh tubuhnya selagi tidak diadakan majlis kenduri kahwin. Ada juga isteri yang tidak membenarkan tubuhnya disentuh suami kerana tidak sanggup mengandung dan masih tidak mahu anak. Malah ada juga isteri yang tidak mahu disentuh suami kerana masih terbayang bekas kekasihnya.

Biasanya dalam keadaan itu suami akan terus bersabar. Dia masih sayangkan isteri, apatah lagi telah mengeluarkan wang yang banyak untuk mengahwininya, sudah pasti dia cuba memaafkannya. Harapannya lambat laun isterinya akan insaf dan berubah. Tetapi berapa lama dia boleh bersabar?

Sebenarnya dalam Islam suami berhak terhadap tubuh isterinya. Isteri ibarat ladang yang boleh dibajak dan dituai, begitu juga sebaliknya. Tetapi apabila hak itu disekat dan tidak diiktiraf, akan musnahlah segala harapan dan perkahwinan itu hanya menunggu retak. Suami ketika itu tidak akan rasa sayang lagi akan wang pelaburannya dan akan bertindak menceraikan isterinya.

Jadi, isteri perlu pelihara dua perkara di atas untuk disenangi suami dan beroleh pahala yang besar. Wallahu aklam.

Pekan Rabu Batu 5 : Lawatan ADUN Titi Serong bertemu rakyat diteruskan

Drs. Khalil bertanyakan sesuatu kepada OKU cacat penglihatan yang menjual jelly berasal dari Parit Sungai Burung.

Senyuman sambil membalas salam serta senyuman tanda penghargaan dalam kunjungan bertemu rakyat pada hari ini.


TITI SERONG, 29 April :- Usaha mendekati dan meninjau masalah rakyat di DUN Titi Serong diteruskan dalam jadual harian Drs. Khalil Idham Lim apabila beliau meninjau keadaan Pasar Rabu Pekan Batu 5 disini hari ini.

Setiap peniaga dan pengunjung tidak mengira bangsa dan agama disapa oleh Drs. Khalil dan disambut dengan senyuman tanda mereka menghargai kunjungan sekitar 2 jam itu.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah 3 orang pegawai dari pejabat ADUN dan Ketua Kampung Pakatan Rakyat Parit Hj. Tahir, Hj. Ahmad Tyandarius.

Dalam bahasa banjar, kalimat "kulaan" sangat popular untuk memulai pertemuaan sebegini.

Penjual kopi dari Sungai Bakap bersalaman dan bertanya khabar.

"Macamana sidang 7 Mei depan" tanya pak cik ini kepada saya .

Syabas, anak muda gigih dengan perniagaan ikan laut menyambut kedatangan Drs. Khalil dengan penuh ceria.

Seorang malu-malu bergambar, seorang tersenyum lebar bersalam dengan ADUN.

Drs. Khalil bertanya khabar dalam bahasa Mandarin kepada peniaga jam dari Nibong Tebal.

Adik ini ahli Qariah Surau Sg. Labu Bawah, Bila masuk waktu dialah muaazinnya.

Peniaga baju kurung perempuan serta kawan-kawannya sempat berbincang pasal bisnesnya, "kami tahu YB juga minat niaga".

Kertas akhbar lama ditangan diguna untuk lap tangan, namun tanda pertemuan huluran tangan mesti disambut dengan mesra.

"Apa khabar kulaan"

Pak Tam peniagaan keperluan dapur bersalam dengan Drs. Khalil.

Peminat kecil, kata bapanya "dia nak bersalam dengan YB", hadiahnya dapat duit raya.

Keluarga India asal Batu Lima bersarapan bergambar dengan ADUN.




Rayuan derma untuk pesakit buah pinggang kronik.

Lawatan saya pada jam 12.30 tengahhari tadi,Khairul (tengah) seolah merenung masa depan yang belum pasti kesudahannya. Bantulah Khairul....
Saya merayu kepada semua pengunjung blog ini untuk ringankan tangan bagi membantu penderitaan adik Mohd Khairul Nizam bin Azmi. Beliau memerlukan satu bilik kecil khusus dengan anggaran kos sekitar RM 3000 untuk menyimpan alat perubatan dan rawatan harian khairul setiap 4 jam sekali yang dilakukan di rumah.

Salurkan bantuan anda langsung ke akaun pesakit tersebut :

Nama : Mohd Khairul Nizam bin Azmi/Che Jam binti Mat Saleh
Bank : Bank Islam Cawangan Parit Buntar Perak
No.Akaun : 08-022-02-035957-9



Akaun ini khusus dibuka untuk memberi peluang kepada penderma budiman bagi menyegerakan pembinaan bilik yang akan diusahakan secara gotong royong dibawah pengelolaan Pejabat ADUN Titi Serong.

Lawatan saya pada 8 Oktober 2008. Saya harapkan usaha kita bersama dalam blog ini menyelesaikan keperluan Khairul yang tertangguh sekian lama.


Sebelum ini pada bulan oktober 2008 saya telah melawat dan menyiarkan berita dalam blog ini tentang pesakit buah pinggang berumur 17 tahun itu. Pelajar SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar itu mengidap penyakit itu sejak berumur 4 tahun . Kini beliau mendapat rawatan susulan dari doktor pakar di hospital Pulau Pinang.

Menurut ibu saudara mangsa yang kematian ibunya sejak dua tahun lepas dan berpisah dengan bapa sejak kecil, khairul sekarang ini dibekalkan oleh pihak hospital dengan alat perubatan asas untuk mengantikan air melalui perut yang di tebuk setiap 4 jam sekali. Selain itu beliau juga mengalami penyakit sampingan iaitu pendengaran yang tidak jelas.

Setakat hari ini setelah lawatan dilakukan untuk sekian kalinya, termasuk beberapa kali lawatan oleh Pegawai dari pejabat ADUN didapati permohonan dari pihak berkenaan yang dipohon masih tidak diluluskan.

Buku akaun Khairul di Bank Islam Cawangan Parit Buntar.


Terakhir 2 pegawai dari jabatan yang terbabit telah melawat ke rumah Khairul dan memberi jaminan bantuan akan disegerakan. namun sampai sekarang masih belum diluluskan.


Perasmian tugu Pokok Demokrasi ditunda.

IPOH: Perasmian tugu 'Pokok Demokrasi' yang dijadualkan Jumaat ini ditunda ke tarikh lain apabila Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bertindak menggagalkan pembinaan semula tugu itu semalam kerana ia dijalankan tanpa kebenaran.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, pembinaan semula plak itu yang sepatutnya siap sebelum Jumaat ini terpaksa dihentikan atas arahan MBI.

"Kami telah menghantar surat permohonan kepada MBI petang semalam bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan tapak dimulakan semula secepat mungkin," katanya kepada pemberita di Wisma DAP di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut bercadang mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Datuk Roshidi Hashim bagi menjelaskan pembinaan plak itu termasuk pembinaanya tidak mengganggu lalu lintas serta boleh menjadi tarikan pelancong.

Semalam MBI menggagalkan usaha pembinaan semula plak peringatan 'Pokok Demokrasi' yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.

Jurucakap MBI berkata, MBI mengarahkan kerja pembinaan tugu itu dihentikan kerana perbuatan membina sebarang bentuk struktur tanpa kebenaran MBI di kawasan seliaannya adalah tidak dibenarkan.

BN kemuka usul pecat Speaker DUN Perak

Barisan Nasional (BN) Perak telah mengemukakan usul untuk memecat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat apabila ia bersidang 7 Mei ini.

Bagaimanapun, Pakatan membantah keputusan tersebut atas alasan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, yang kini digantung tugas, telah mengeluarkan surat berkaitan dengan usul undi tidak percaya untuk memecat Speaker.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham, beliau (ADUN PR yang lain juga telah menerima notis tersebut) telah menerima surat yang memberitahu mengenai usul tersebut semalam.

"Surat itu menyatakan Zambry (Menteri Besar Perak) dan kerajaan BN negeri akan mengemukakan satu usul undi tidak percaya untuk pecat Speaker (Sivakumar).

"Usul itu tidak sah kerana dia (Abdullah Antong Sabri) telah digantung tugas oleh Speaker,"katanya kepada mStar Online hari ini.

Tegasnya, surat tersebut jelas menghina Speaker kerana Sivakumar tidak diberitahu mengenai usul berkenaan.

"Mereka perlu rujuk dan beritahu kepada Speaker dahulu. Tapi mereka (BN Perak) buat macam itu,"katanya.

Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beruas berkata, BN Perak tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam isu tersebut.

"Bagi saya ini tidak betul dan surat yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan kerajaan BN tidak ikut undang-undang.

"Jika mereka mahu pecat dia (Sivakumar) mereka perlu lantik Timbalan Speaker (Lee Yit Foong- Bebas) menggantikan Speaker.

"Tapi mereka (BN Perak) tidak buat begitu kerana Yit Foong(ADUN Jelapang) dikatakan tidak layak kerana itu mereka mahu kemukakan nama yang Speaker yang baru. Mereka( BN Perak) tidak boleh buat andaian-andaian sebegini,"katanya.

Pada 16 April lalu, Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong menghantar notis pemberitahuan persidangan bertarikh 7 Mei kepada semua ADUN negeri itu.

Sultan Perak juga dilaporkan berkenan menandatangani surat perisytiharan berhubung persidangan berkenaan.

Berikutan itu, Speaker DUN Perak, Sivakumar pada 17 April telah bertindak menggantung tugas Abdullah kerana mengeluarkan notis persidangan tanpa pengetahuan dan persetujuannya terlebih dulu. Mstar.

MAHASISWA PERAK desak tarik balik keputusan kabinet

Oleh : Mohd Hafez Sabri

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATUPERAK) mendesak kabinet menarik balik keputusannya yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Dalam satu kenyataaan hari, Exco Penerangannya, Ahmad Shahir Abdul Aziz berkata, BERSATU PERAK mengkritik sekeras-kerasnya keputusan kabinet itu.

Kabinet membuat keputusan itu pada 23 April lalu sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Ahmad Syahir berkata, keputusan jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga dianggap tidak tepat kerana ia dibuat dengan cara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti mufti.

“Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan.

“Justeru, BERSATU PERAK berpandangan tindakan kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh ulamak adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” tegas Ahmad Syahir.

BERSATU PERAK juga,katanya, melihat tindakan kabinet itu amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif.

‘Campuri bidang kehakiman’

“Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman, sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.

“Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

“Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga.

“Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,” kata Ahmad Syahir.


Oleh itu, katanya, BERSATU PERAK mengkritik sekeras-kerasnya tindakan kabinet yang “membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak”.

Sehubungan itu, katanya, BERSATU PERAK turut mendesak kabinet menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak mahkamah.

Memorandum JKKKN

Ustaz Mohd Khushairi Haji ariffin (berdiri 3 dari kanan), Haji Shukri Ahmad (duduk 6 dari kanan), Haji Razman Haji Zakaria (duduk kanan sekali) bergambar bersama sebahagian Ketua Kampung dalam kawasan Parlimen Lenggong.


Oleh Khairul Azman Sakri.

LENGGONG: Seramai 39 ketua kampung dan 234 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) seluruh kawasan Parlimen Lenggong tetap berdiri teguh di belakang Menteri Besar (MB) Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak JKKKN Parlimen berkenaan, Ustaz Mohd Khushairi Haji Ariffin, berkata selain tetap berdiri teguh, mereka juga menyokong penuh segala usaha yang sedang dibuat untuk menuntut keadilan dan hak ketua-ketua kampung dan JKKKN seluruh negeri.

Katanya, tindakan penamatan jawatan ketua-ketua kampung dan pembubaran JKKKN seluruh negeri oleh Pemerintah Kudeta Barisan Nasional Perak pada 16 April lalu adalah suatu kezaliman yang dilakukan ke atas pimpinan di peringkat akar umbi.

"Kami dilantik pada 1 Ogos 2008 untuk tempoh dua tahun, iaitu sehingga 31 Julai 2010, tiba-tiba diberi surat penamatan jawatan serta pembubaran JKKKN.

"Surat penamatan jawatan serta pembubaran JKKKN pula daripada Pegawai Daerah sedangkan watikah pelantikan dulu daripada MB sendiri, di mana pelantikannya diperkenan Sultan Perak,' katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua kampung dalam kawasan Parlimen Lenggong bagi merangka memorandum bantahan di Pejabat PAS Lenggong di sini baru-baru ini.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Haji Shukri Ahmad, Setiausaha PAS kawasan, Abu Bakar Mat Saleh dan Ketua PAS Cawangan Luat Tengah, Haji Razman Haji Zakaria.

Mohd Khushairi berkata, mesyuarat itu telah memutuskan untuk menghantar memorandum kepada pihak berkenaan bagi menuntut beberapa perkara, antaranya ialah mempersoalkan hak tindakan penamatan jawatan ketua-ketua kampung serta pembubaran JKKKN.

Selain itu, katanya pembayaran elaun ketua-ketua kampung serta JKKKN yang tidak dilunaskan sejak Februari lalu atau telah tertunggak lebih tiga bulan didesak supaya dijelaskan.

Beliau yang juga AJK PAS kawasan, berkata pertemuan itu juga mengambil keputusan menyokong penuh pihak negeri yang mengusahakan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penamatan jawatan serta pembubaran JKKKN.


Lawatan ke Pasar Minggu Taman Kerian

Bergambar bersama Uncle Ah Kiang (77 tahun). Teman lama sejak awal berhijrah ke Parit Buntar saya sudah mengenali beliau yang tinggal di Pekan Batu 5. Kelebihan beliau ialah fasih berbahasa Banjar, gurauan saya "cuma belum masuk Islam lagi", dia tersenyum dengan gurauan saya kelmarin.

PARIT BUNTAR, 28 April :- ADUN Titi Serong meneruskan siri lawatan bertemu dengan rakyat di dalam kawasan DUN nya dengan meluangkan masa sekitar 2 jam untuk berada di Pasar Minggu di Taman Kerian Parit Buntar. Pasar minggu pada setiap hari Selasa itu merupakan salah satu pasar minggu yang mendapat perhatian ramai penduduk tempatan dan dari luar untuk membeli pelbagai keperluan harian.

Tidak ada aduan khusus yang disampaikan kepada kami dalam lawatan tersebut.Cuma sesetengahnya merungut dengan kegawatan ekonomi menyebabkan jualan agak merosot.

Pada kesempatan yang sama Drs. Khalil sempat berbual dan bertukar-tukar maklumat dengan sepasang suami isteri yang baru balik kerja di sebuah kilang komponen elektronik di Nibong Tebal. Mereka berdua mengatakan agak bertuah kerana kilangnya masih beroperasi seperti biasa sedangkan sepengetahuannya ada kilang yang sudah membuang pekerja dan mengurangkan jumlah hari kerja kerana kemelesetan ekonomi.

Kebanyakan dari mereka yang ditemui bertanyakan kepada ADUN Titi Serong mengenai perkembangan sidang 7 Mei akan datang, jadi atau tidak ?

Semuga Pejabat ADUN Titi Serong meneruskan usaha menyusun pergerakan Drs. Khalil untuk bertemu dengan pengundi di kawasan DUN nya.












29 April 2009

ADUN Kuala Nerang tak akan letak jawatan

ADUN Kedah kawasan Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, yang didakwa menghadapi masalah kewangan, tidak akan meletak jawatan, kata pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Mohd Shafie Apdal.

Shafie memberitahu pemberita demikian di Langkawi hari ini. Syed Sobri juga adalah naib ketua Umno bahagian Padang Terap.

Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa beliau meletak jawatan kerana masalah yang dihadapinya mengganggu prestasinya sebagai wakil rakyat, lapor Bernama.

"Memang Syed Sobri menemui saya di Kuala Lumpur Ahad lalu dan kami telah berbincang beberapa perkara yang dihadapinya.

"Selaku ketua perhubungan yang baru, saya memberi nasihat dan beliau menerimanya dengan baik dan berjanji akan terus berkhidmat kepada rakyat," kata Shafie.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Kuala Nerang itu.

Pada 3 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis selepas gagal menjelaskan hutang lebih RM150,000. Malaysiakini.

Pakatan: Larang pondok panas tidak munasabah

Pakatan Rakyat menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melarang parti-parti yang bertanding mendirikan pondok panas dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini sebagai "tidak munasabah".

"Keputusan tersebut amat memeranjatkan kami. Dalam perbincangan (kami dengan SPR), mereka seolah-olah menerima dan kami optimistik tidak ada masalah," kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata perbincangan mereka dengan SPR berlangsung Khamis minggu lalu. Ia turut dihadiri Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; dua ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud dan Dr Dzulkifli Ahmad serta bendahari DAP, Fong Kui Lun.

Semalam Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memastikan hari mengundi berjalan dengan "aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas," selain "menyejukkan suasana" selepas berkempen.

Sementara itu, Sivarasa pula berkata, Pakatan Rakyat menolak keputusan SPR itu kerana ia melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

"Kita telah teliti dari sudut undang-undang. Kita menolak pendirian SPR ini kerana pendirian tidak munasabah.

Tolak alasan SPR

"(Keputusan itu) tidak ikut undang-undang pilihanraya itu sendiri dan bercanggah dengan tafsiran mereka (SPR)," kata Sivarasa.

Beliau kemudiannya membacakan sepucuk surat dari SPR pada 2004 yang ditandatangani Datuk Wan Ahmad Wan Omar selaku setiausaha SPR ketika itu.

Dalam surat tersebut, Wan Ahmad membenarkan penubuhan pondok panas di luar kawasan sempadan 50 meter dari tempat mengundi.

Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang berkata, pondok panas dibenarkan mengikut seksyen 24b (2) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Sementara itu, Mustafa berkata, Pakatan akan menemui SPR untuk berbincang mengenainya Khamis atau selewat-lewatnya minggu depan.

Dalam sidang media yang sama, Dr Mariah menolak alasan yang diberi oleh SPR untuk tidak membenarkan pondok panas didirikan.

"Sebenarnya, sudah cukup untuk tempatkan anggota polis di tempat mengundi (pada hari mengundi).

Tidak cetus pergaduhan

"Sebelum ini, tidak tercetus pergaduhan antara penyokong parti. Bersemangat lebih, biasalah," katanya.

Tambahnya, pondok panas merupakan satu tradisi sejak pilihanraya pertama negara pada 1959.

"Asalkan ia di luar jarak 50 meter dari kawasan tempat mengundi," kata Dr Mariah yang juga ahli Parlimen Kota Raja.

Menjawab soalan pemberita mengenai sejauhmana pentingnya pondok panas tersebut, Mustafa berkata:

"Ia penting. Pengundi boleh ulang semak sama ada nama pengundi ada ataupun tidak.

"Kalau tak ada (nama pengundi) kita boleh membuat semakan lagi dengan SPR," katanya. Malaysiakini.

Mansor calon PKR pilihan raya kecil DUN Penanti

SOKONGAN... Calon PKR-Pakatan, Mansor Othman disambut oleh bekas penyandang kerusi DUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin (kanan) selepas beliau diumumkan calon bahagian itu malam tadi. - foto The Star oleh MUSTAFA AHMAD


Sah! Sebagaimana diramalkan sebelum ini bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mansor Othman akan diturunkan sebagai calon bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mewakili Pakatan Rakyat.

Mansor merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang.

Ia diumumkan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR di Yayasan Aman, Penanti dalam bahagian Permatang Pauh kira-kira pukul 10 malam tadi.

Menurut Anwar, Mansor akan dicalonkan untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil ini.

Pengumuman mengenainya dibuat Anwar di hadapan kira-kira 1,000 penyokong.

Anwar berkata, pemilihan beliau sebagai calon adalah tepat berdasarkan latar belakang pendidikan yang tinggi, kekananannya dalam parti, seorang pemimpin yang matang dan kemampuannya menerajui perjuangan parti di negeri ini.

Mansor, 56, merupakan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memiliki tiga ijazah sarjana.

Bekas Prof Madya di Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM) itu memegang Sarjana Sains Kemasyarakatan dari USM serta Sarjana Sastera dan Sarjana Falsafah (M.Phil) dari University of Yale.

Anwar berkata, lewat petang semalam beliau telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon Keadilan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak," kata dalam blog beliau.

Beliau merupakan antara pesaing utama untuk menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil berkenaan.

Difahamkan, Mansor menjadi pilihan utama memandangkan beliau tidak dicalonkan mewakili PKR sebagai senator oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.

Mansor pernah bertanding di peringkat DUN ketika pilihan raya umum Mac 2008.

Pilihan raya kecil Penanti adalah pilihan raya kecil keenam yang diadakan selepas pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lepas.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon dan 31 Mei sebagai tarikh mengundi bagi pilihan raya kecil Penanti.

Kerusi Penanti kosong apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatannya.

Pada Mac 2008, Fairus menewaskan calon BN. Mstar.

Bantulah keluarga ini seikhlasnya dan kerana Allah.

Wak menerusi blog ini menyeru sekelian rakyat Malaysia yang berhati luhur dan ikhlas agar dapat menyumbangkan simpati dalam bentuk apa saja, dana, pakaian, dan lain-lain kepada keluarga yang ditimpa musibah, di Trong minggu lalu. Sumbanglah..wahai saudara islam ku, buat anak2 yang telah pergi, Al-Fatihah..

Jenazah kanak-kanak Mohd Yusuf Nordin 2 tahun rentung terbakar pada 24 April 2009 .Datin Seri Fatimah kelihatan sedih melihat jenazah Mohd Yusuf (anak syurga).

Jenazah Mohd Saiful Nordin 7 tahun dan Jenazah Amirul (anak2 syurga) mati terbakar dalam keadaan berpelukan- Kelihatan Hj Nizar dan isteri.

Hj Nizar dan Isteri menenangkan Nordin Mat Nor 66 tahun dan Mah Abdul 34 tahun.



Wak menerusi blog ini menyeru sekelian rakyat Malaysia yang berhati luhur dan ikhlas agar dapat menyumbangkan simpati dalam bentuk apa saja, dana, pakaian, dan lain-lain kepada keluarga yang ditimpa musibah, di Trong minggu lalu. Sumbanglah..wahai saudara islam ku, buat anak2 yang telah pergi, Al-Fatihah..

Musibah Pilu@Bukit Gantang :

Satu kejadian menyayat hati berlaku ke atas satu keluarga miskin tegar Nordin Mat Nor yang kehilangan 3 orang anak dalam kebakaran di Pondok Di Ladang Kelapa Sawit Kg Sungai Rotan,Batu Hampar.

HJ Nizar sewaktu kejadian di Lumut dalam satu Program Lumut Bandar Tentera Laut,bergegas untuk melihat kejadian rakyat miskin tegar kehilangan tiga anak dalam kebakaran di Sg Rotan. Beliau meminta pihak sekretariat Parlimen Bukit Gantang membantu pengurusan jenazah tiga beradik itu. Dengan kerjasama Ketua Kg Bt 26,Bt Hampar, pengurusan jenazah selesai pada 10.30 malam. Hj Nizar berharap pihak Sekretariat menguruskan pembinaan rumah baru untuk Nordin Mat Nor.

Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menelefon 012-5238483 untuk perhatian Cikgu Shaharudin Ahmad Sani atau di bawah ini di sertakan detail mereka bg sesiapa yang hendak menziarahi atau memberi sumbangan peribadi.

Suami : Noordin b Mat Noh
i/c no.: 430313-08-5413
Acc. BSN (Giro) : 08228-41-00001451-2

Isteri : Mah Bt Abdullah
I/c no. : 751223-08-5118
Acc. BSN (giro) : 08239-41-00001399-4

No. tel : 019-557 3391

Ataupun boleh berurusan dengan Hj Mokhtar@ Pak Ngah Radhi ( didlm gambar memakai kopiah putih). No. tel : 017-561 9351. Beliau yang banyak menolong menyelesaikan segala urusan bg keluarga Pak Noordin.

http://politikbanjar.blogspot.com

Kesahihan MB Perak: Mahkamah Tinggi diminta putuskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai siapa Menteri Besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada Isnin.

Ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi.

Kali pertama ialah pada 23 Mac apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan isu membabitkan tafsiran Perkara 16(6) Undangundang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi dan hanya boleh dirujuk semula ke Mahkamah Persekutuan melalui rayuan.

Alauddin, Hakim Besar Malaya Datuk Ariffin Zakaria dan hakimhakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusuf dan Datuk James Foong hari ini dijadual mendengar permohonan Zambry, yang difailkan pada 21 April, untuk memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah. BERNAMA

BERITA TERDAHULU
KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan memutuskan agar Mahkamah Tinggi yang menentukan fakta-fakta yang menjadi pertikaian berhubung soal pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam krisis politik Perak, yang bermula awal Februari lalu.

Sidang lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd. Sheriff membuat keputusan sebulat suara hari ini dengan menekankan bahawa terdapat fakta-fakta dipertikaikan yang harus didengar oleh Mahkamah Tinggi.

Permohonan untuk semakan kehakiman ditetapkan 4 Mei ini.

Dalam permohonannya, bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu.-mstar.

ADUN Titi Serong lawat Pasar Harian Batu 5

sedap ikan ni, rondang pun sodap, goreng pun sodapMungkin ada sesuatu yang menarik kepada Drs. Khalil kepada Ikan Sembilang yang dijual di Pasar Harian batu 5.


TITI SERONG, 27 April :- Satu lawatan rasmi dilakukan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim ke Pasar Harian Batu 5, Jalan Bahru di sini. Lawatan sekitar sejam itu memberi peluang kepada Drs. Khalil untuk meninjau permasalahan yang dihadapi oleh peniaga di pasar itu disamping bertanya khabar mengenai keadaan perniagaan mereka masing-masing.

Lawatan bersama beberapa orang pegawai dari Pejabat ADUN juga disertai oleh AJK PAS Kawasan Parit Buntar, Hj. Ahmad Tyandarius.

Antara permasalahn yang diadukan kepada beliau ialah mengenai pasar tersebut yang tidak mempunyai kemudahan tandas dan meminta ADUN untuk mengusahakan dari pihak berkenaan.

Selain itu didapati keadaan bumbung pasar yang sangat uzur dan perlu difikirkan untuk kemudahan peniaga dan pengunjung di masa akan datang khususnya semasa hujan.












Khasiat makanan dalam pandangan Islam.

Sirajuddin Abbas

1.Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam
pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita
akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan
menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi
s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan
memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

2.Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam
usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata
bagi menguatkan pandangan mata.

3.Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan
organ hati.

4.Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan
memudahkan kelahiran anak.

5.Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

6.Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli
kepada orang yg mengidap demam.

7.Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara
menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8.Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan
sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan
yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

9.Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10.Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat
berguna untuk memanaskan badan.

11.Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.

12.Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

13.Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda
kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati'. Adalah dilaporkan juga
bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan
angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka
saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

14.Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan
badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu
banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam
betina yang tidak bertelur.

15.Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar
untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)
yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

16Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus
dirasa dan bagus dihidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan
kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan
pengaliran dalam hempedu.

17.Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

18.Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di
dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

19.Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg
tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma
hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

20.Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

21.Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak
atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau
kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

22.'Endive' (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang
paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith
menyatakan 'makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya
tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba'.

23.Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda 'jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka
pasti membeli dan membayarnya dengan emas'. Antara khasiat hulbah membantu
pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .

24.Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan
dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Jika anda kata ada buah datang
dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga'. Oleh itu makanlah
buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

25.Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan
yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar
dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

26.Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan
Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia
mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.'

27.Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

28.Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang
bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang
campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan
badan.

29.Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau
lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan
mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta.
Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku,
tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

30.Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini
apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi
s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan
memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika
seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit
keluar darinya.' Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum
segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu
dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti
ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim
panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam
musim sejuk (winter).

31.Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah
dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut.
Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati
yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

32.Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan
mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga
melemahkan penglihatan.

33.Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan
daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang
yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan
mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab.
Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu
hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan
pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat
bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan
biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang
memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

28 April 2009

Mengumpat dan gosip mana lebih besar bahaya?

AHMAD BAEI JAAFAR

Mengumpat seperti yang diperjelaskan sebelum ini adalah dosa besar dan dibenci Allah. Namun sebahagian masyarakat kita masih menjadikannya satu tabiat yang menyeronokkan. Hukum haram hanya dipandang kecil. Mengapa keadaan ini boleh berlaku?

Jelas di sini, mereka yang terlibat dengan mengumpat ini tidak takut kepada Allah dan tidak takut kepada ancaman Allah. Hal ini kerana iman mereka kepada Allah terlalu tipis atau tiada iman, lalu sanggup melakukan apa sahaja.

Sebenarnya orang yang mengumpat ialah orang yang melanggar amanah dan menyalahgunakan kurniaan Allah iaitu lidah. Anggota lidah diberikan kepada manusia untuk membolehkan manusia merasai makanan, bercakap memberi nasihat dan melarang amalan yang keji. Tetapi sebaliknya manusia menggunakan lidah untuk mengumpat manusia lain.

Jika manusia sedar bahawa dengan mengumpat itu mereka telah melakukan dua dosa iaitu menjatuhkan maruah orang dan menyalahgunakan amanah Allah pasti mereka berfikir dua kali untuk mengumpat. Tetapi semua itu tidak pernah difikirkan oleh mereka.

Selain mengumpat, gosip adalah satu lagi bentuk dosa di alaf ini. Malah gelanggang gosip lebih luas kerana diterajui oleh media sama ada elektonik mahu media cetak. Sesuatu yang menjadi rahsia seseorang habis dibongkar kepada umum.

Ramai yang berminat untuk mengetahui gosip itu kerana dapat mengetahu rahsia orang. Sama ada cerita yang dibawa itu betul atau tidak, mereka tetap akan terimanya sebagai bahan berita malah ada yang sanggup memanjangkannya.

Sebenarnya dengan gosip ini tiada rahsia yang boleh disimpan lagi, semuanya akan terdedah secara pantas. Walaupun pihak yang teraniaya boleh membuat penafian tetapi penerima orang ramai masih tidak pasti. Begitulah bahayanya gosip.

Lazimnya artis digosipkan dengan cerita percintaan, pertunangan, perkahwinan, bercerai, dan pelbagai lagi yang semuanya diperoleh dari sumber yang tidak sahih. Kadang-kadang gosip ini dilakukan secara serkap jarang. Tetapi kesannya adalah sama, boleh menjatuhkan maruah artis berkenaan.

Tidak dinafikan ada juga gosip yang sengaja dicipta oleh ampunya diri sendiri bagi tujuan mempromosi dirinya. Gosip seperti ini tidak mungkin boleh menjatuhkan maruahnya kerana dia sendiri sudah bersedia dengan jawapannya bagi menaikkan imejnya semula.

Tetapi gosip yang dicipta oleh wartawan dan kemudiannya diperpanjangkan oleh orang ramai itu boleh mencemarkan maruah artis terbabit. Hal ini kerana berita yang dibawa itu berkemungkinan termasuk dalam mengumpat atau menyebar fitnah.

Orang politik juga tidak terlepas daripada digosip oleh wartawan. Kadang-kadang digosipkan dengan wujudnya perempuan simpanan, melakukan hubungan terlarang dengan setiausahanya atau bercerai.

Berdasarkan keterangan di atas, gosip dan mengumpat dibina atas tujuan atau niat untuk menjatuhkan maruah seseorang. Walaupun ada pihak yang mendakwa bahawa gosip adalah untuk menyedarkan artis atau ahli politik yang sombong, tetapi kesannya tetap memalukan.

Jadi, apa bezanya gosip dengan mengumpat dalam hal ini? Sepintas lalu kedua-duanya tiada beza, tetapi kadang-kadang gosip boleh jadi fitnah jika semua itu tidak betul. Berdasarkan kedudukan itu, maka gosip lebih bahaya daripada mengumpat.

Walau bagaimanapun mengumpat dalam keadaan tertentu boleh dimaafkan malah pada enam tempat berikut adalah diharuskan dalam Islam. Demikian seperti yang disebut dalam kitab Hidayatus Salikin karangan Syeikh Abul Samad Palimbangi, iaitu:

1. Menyebutkan kejahatan orang zalim kepada kadi supaya dihukumkannya dengan yang setimpal.

2. Menyatakan seseorang itu membuat kejahatan yang jelas buktinya berdasarkan perbuatan mungkarnya supaya dengan cara itu dia boleh meninggalkan perbuatan maksiatnya.

3. Oleh sebab hendak meminta fatwa daripada mufti dia mengadu tentang seseorang yang menzaliminya apakah hukumnya dan apakah jalan penyelesaian.

4. Bertindak untuk menakutkan orang yang berkemungkinan hendak bersahabat dengan orang fasik atau zalim.

5. Untuk memberi tahu tentang orang yang tidak dikenal namanya lalu dia menyebut sifatnya.

6. Menyebut kejahatan orang yang sudah masyhur dengan kejahatannya supaya orang lain tidak menjadi mangsanya.

Supaya lebih jelas perhatikan beberapa contoh berikut:

Seorang pemuda telah mengambil barang milik bapanya. Lelaki lain yang melihatnya segera ke pejabat polis dan tanpa berselindung menyebut perbuatan jahat pemuda itu. Menyebut kejahatan orang lain adalah mengumpat tetapi dalam hal ini, dibenarkan supaya dengan itu pemuda itu boleh ditangkap.

Begitu juga dengan seorang pemimpin yang sering melakukan tabiat buruk seperti merokok. Hendak tegur sikapnya, tiada siapa yang sanggup berhadapan dengannya. Maka tabiat buruknya disebut di hadapan umum dengan harapan apabila dia dengar boleh timbul kesedaran dan berubah.

Dalam contoh yang lain, seorang wanita pernah ditipu oleh seorang lelaki dan berjaya memperdaya perasaannya malah hampir dirogol. Pada suatu hari dia ternampak lelaki itu sedang berbual dengan seorang gadis lain. Demi menyelamatkan maruah gadis itu, dia menceritakan kejahatan lelaki itu dengan harapan gadis itu tidak terpedaya dan menjauhkannya. Pada dasarnya ia juga mengumpat tetapi dibenarkan.

Dalam kes yang lain, seorang lelaki atau wanita yang sudah masyhur dengan kejahatannya. Namanya sudah dikenali umum malah menjadi bualan orang ramai. Menyebut keburukannya tidak lagi dikira mengumpat.

Empat contoh ini lazim berlaku dalam masyarakat kini dan inilah yang dibenarkan dalam Islam. Maka selain senarai di atas, tetap dikategorikan sebagai mengumpat dan berdosa besar.

TRAGEDI DI SG ROTAN (2)


Kebakaran di Sg. Rotan.


Mari kita berfikir secara profesional dan menimbangnya penuh berhemah sebagai insan yang berilmu. Pada hari ini saya ingin berkongsi 3 gambar yang menampilkan 2 situasi. Gambar yang pertama ialah kebakaran yang berlaku di Sg.Rotan yang telah saya ceritakan tempohari dan gambar yang kedua adalah gambar kebakaran di Selama pada tahun lepas. Pada 2 gambar yang menunjukkan kes kebakaran ini terdapat satu perbezaan iaitu ada garisan bomba pada kebakaran di Selama tetapi tidak di Sg Rotan. Kenapa? Inilah perbezaan 1 Malaysia yang dicanangkan Najib. Gambar di Selama penyokong UMNO gambar di Sg Rotan penyokong PR..


Kebakaran di Selama.


Saya tertarik hati bila melihat ulasan yang diberikan terutama dari insan yang bernama PENAT BERCAKAP. Saya kira dia adalah penyokong BN, xpelah kan 1 Malaysia. Antara ulasannya yang diringkaskan : PR jgn duk menyalahkan UMNO yang telah perintah 50 tahun, jgn sensasikan bila benda dah terjadi, beliau juga menyuruh PAS buat banci daftar penduduk daif,susah dan memerlukan bantuan TIDAK KIRA UMNO ATAU PR...

Tengoklah ungkapan tersebut, kalau benar BN tu dah buat bancian org miskin daif, orang miskin taklah terus miskin, rumah terbakarpun tidaklah dibuat perbezaan BN atau PR.

Ingin saya buka 1 cerita lagi yang saya dengar dari WANITA2 UMNO yang ada di tempat kebakaran di Sg Rotan tersebut: IBU BAPA BDK2 NI ORG SENANG, HDSETPUN ADA, KITA SURUH DUDUK MENYEWA KAT LUAR DIA DUDUK KAT SINI...kenapalah mereka asyik menyalahkan keluargani? tidak tahukah mereka adab2 menziarahi mereka yang ditimpa musibah?dan paling saya tidak dapat melupakan ialah rupa WANITA2 UMNO tersebut yang tidak ada MENUNJUKKAN WAJAH SEDIH MALAH TERSENYUM BANGGA memandang ke arah saya dan kawan mungkin kerana mereka ternampak gambar TOK GURU dalam kereta saya.

Wahai WANITA2 UMNO!: Hdset sekarang nak beli RM 50 sudah dapat tapi nak menyewa rumah sekarang kalau tinggal di kgpun RM200, belum lagi dibandar. Memanglah hangpa boleh bangga kerana datang situpun naik kereta mewah harga 100 ribu lebih. Hangpa taukah penderitaan keluarga ini? Tanyalah org kg disana? Tertarik juga saya mendengar ulasan ANAK JATI PERAK : BN rampas kuasa di Perak kerana tak mahu pekong 50tahun terbuka...

Perjuangan atas nama bangsa yakinlah tidak akan selamat, itu yang sepatut dikupas oleh ahli panel.


Wahai rakyat Malaysia, Kedua-dua gambar tersebut adalah situasi yang melanda orang MELAYU , 1 Malaysia berlainan fahaman politik. Gambar ketiga pula adalah situasi ke 2yang ingin saya kongsikan ialah tentang 1 banner yang saya jumpa sebelum naik feri baru2 ini. Forum Perdana Isu Semasa tajuknya. LIhatlah siapa ahli panelnya. Semua tahu siapa terutama yg gambar ditengah2tu kes pemilihan UMNO dulu. Mesti ingatkan!

Yang saya tertariktu SEMUA UMAT MELAYU DIJEMPUT HADIR, UNTUK RAKYAT-KERANA RAKYAT-DEMI RAKYAT. Mungkin PENAT BERCAKAP bolehlah mengulasnya.. Saya bukan untuk mencari salah tetapi ingin rakyat Malaysia tahu dan boleh membezakan yang mana intan yang mana kaca yang mana nilam yang mana mutiara...Al-Fatihah kita sedekahkan kepada adik Mohd Saiful (7thn), adik Amirul (4thn), adik Mohd Yusof (2thn) mangsa TRAGEDI DI SG ROTAN

ANAK KOMANDO REJIMEN 1