18 Ogos 2010

Umno Bukit Bendera ugut lompat parti

7 Ramadhan 1431 H
Oleh: Susan Loone

Anggota Umno Bukit Bendera mengugut akan melompat parti sebagai bantahan terhadap parti itu yang didakwa mengabaikan masalah akar umbi.

Ketua Umno Kg Mutiara Rose Akhmar Ahmed (kanan) berkata kira-kira 360 ahli berkemungkinan keluar parti sekiranya pucuk pimpinan negeri terus membisu berhubung isu berkaitan mesyuarat agung tahunan bahagian pada 8 Ogos.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan parti masa yang akan disertainya selepas ini.

Katanya kumpulan itu telah menghantar surat rasmi kepada majlis tertinggi Umno dan perhubungan Umno negeri apda 11 Ogos, selepas membuat laporan polis terhadap bahagian berkenaan tiga hari lepas, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

Surat itu, yang salinannya diberikan kepada media, ditujukan kepada Presiden Umno Datuk Sei Najib Razak dan pengerusi Umno negeri Datuk Zahid Hamidi.

"Kami mahu orang ramai tahu, terutamanya perdana menteri, tentang sikap tak ambil peduli pucuk pimpinan, terutamanya di Pulau Pinang," kata Rose Akhmar ketika dihubungi Malaysiakini.

"Mereka tunjukkan sikap tidak peduli tentang tekanan terhadap akar umbi sekiranya mereka terus tidak pedulikan isu ini, saya bimbang terdapat ahli akan melompat sebagai tanda bantahan," tambahnya.

Malaysiakini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Beza UMNO & Pakatan Rakyat

UMNO ~ bertindak untuk parti @ kroni.

Pakatan Rakyat ~ bertindak untuk rakyat & Negara Malaysia.

Mana pilihan anda? Masih mahu diperbodohkan? Barang naik / petrol naik jangan salahkan org lain tp salahkan diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Ini lagi satu contoh puak UMNO Bukit Bendera x dapat projek...kalut nak keluar UMNO..tapi tetap sokong pucuk pimpinan..
UMNO bahagian negeri yg diperintah oleh BN senyap saja..pasai makan cukup sampai muntah..

Tanpa Nama berkata...

OIC, ugut keluar sbb tak dapat projek rupanya... Sah pencacai UMNO. Najib yang beli helikopter meletup & jet yang tak ada injin tu pun masih nak sokong? Buta apa ko ni? Kalau orang tamak, tidur pun tak lena asyik ingat harta dunia masih tak cukup2, nak korek tang mana, projek apa boleh sapu... itulah balasan Allah pada orang yang tamak, tak amanah dan tidak jujur. Boleh jadi gila sbb harta cukup2.